in

“Tak sia-sia” – Lelaki Dapat ‘Offer’ Berlakon CSI Lepas Lebih Setahun Buat Video Pura-pura Mati

Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dekat Malaysia, bila “tak ada rupa” atau followers yang ramai di media sosial, memang agak susah nak jadi pelakon. Tapi apa yang paling susah sekali adalah untuk tembus pasaran Hollywood. Sebabkan terlalu ramai yang mencuba, orang berbakat pun susah nak dapat watak melainkan ada connection.

Mempunyai impian untuk diberikan peluang ke layar perak, seorang pengurus restoran berusia 42 tahun telah membuat kempen untuk menjadi watak orang mati dalam siri TV atau filem dengan membuat posting harian berpura-pura mati di pelbagai kawasan di Kentucky, Amerika Syarikat.


Kalau korang tengok video-video lelaki ini di TikTok, korang boleh nampak lelaki ini akan baring selalunya dalam posisi meniarap di merata-rata tempat seperti atas salji, atas tanah, atas batu atau sungai dan dekat depan laman rumah orang.

Josh Nalley telah membuat video berpura-pura mati ini hampir setahun dan mempunyai lebih dari 350 video di TikTok.

@living_dead_josh

#fyp #foryoupage

♬ Super Freaky Girl – Nicki Minaj

Saya tak suka bercakap dalam kamera, tapi saya boleh baring dan berlakon macam orang mati dengan senang.

“Lepas buat lebih dari 300 video, saya telah progress dan semakin bagus tahan nafas.”

Hasil dari video-video yang dibuatnya ini, Josh telah mendapat tawaran untuk menjadi watak lelaki mati dalam episod terbaru CSI Vegas.

@living_dead_josh

#fyp #1yearanniversary #foryoupage

♬ original sound – bleu

Saya dapat emel dari CBS mengatakan yang dorang nampak saya di TikTok dan mahu berikan saya watak tersebut. 

“Mulanya saya memang tak percaya, tapi dorang terbangkan saya ke California dan dapat jumpa dengan semua pelakon-pelakon di sana.”

Josh menceritakan, dia telah mendapat idea untuk membuat video berpura-pura mati ini selepas melihat seorang wanita buat posting pasal sos pedas dan mendapat tawaran dari syarikat-syarikat yang menjual sos pedas.

Saya fikir kalau saya kreatif dalam membawa watak sebagai orang mati, saya boleh dapat perhatian penerbit siri TV atau filem. Jelasnya, ia berhasil!”

Fuh, memang tak sia-sia konsisten buat video macam tu. Usaha tangga kejayaan kan?

Sumber: Courier Journal

 

Baca: Bimbang Banyak Maklumat Salah, TikTok Padam Lebih 30 Juta Akaun Palsu

Tiktok Padam Akaun Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.