in

Kerajaan Sasar Pulihkan Ranking KLIA Antara 10 Airport Terbaik Dunia

Kerajaan Sasar Klia Terbaik Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini menyatakan hasrat kerajaan untuk meletakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kedudukan 10 terbaik dalam ranking lapangan terbang dunia Skytrax.

Tambahnya lagi, semua pihak berkaitan harus berganding bahu bagi merealisasikan aspirasi ini dan mengambil perhatian bagi menyelenggara dan menaiktaraf sistem operasi di KLIA seperti Aerotrain dan juga sistem pengendalian bagasi.


Menurutnya, dua komponen ini amat penting bagi meningkatkan pengalaman penumpang selain beberapa faktor lain seperti keadaan persekitaran dalam dan luar lapangan terbang, pengalaman beli belah dan kemudahan lounge kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan Di Klia

Dalam masa yang sama, menteri berkenaan menegaskan bahawa faktor-faktor yang akan meningkatkan kepuasan hati penumpang ini secara tidak langsung akan menjadikannya sebagai salah satu kebanggaan negara dan juga pilihan penumpang sebagai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia.

Loke menyatakan bahawa KLIA berada di tangga ke-67 dalam ranking World’s Top 100 Airports Skytrax untuk tahun 2023, turun lima tangga dari tangga ke-62 pada tahun 2022.

Trend penurunan ranking ini harus diberi perhatian selain ianya harus diperbetul bagi memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Plaza Premium Lounge Klia
Untuk rekod, ranking tertinggi KLIA adalah di tempat ke-2 pada tahun 2001 sebelum jatuh ke tempat ke-14 pada 2013 dan seterusnya tempat ke-44 pada 2018.
“25 tahun selepas pembukaan rasmi, KLIA merupakan antara yang terbaik, dengan sistem operasi moden dan  canggih”

Pun begitu, Loke turut bersetuju bahawa sistem yang canggih pada 25 tahun lepas tidak lagi bersesuaian pada hari ini dan kapasiti sistem dan perkhidmatan yang ada di lapangan terbang itu harus dikemaskini.

Sebagai contoh, Loke menyatakan bahawa beliau telah mengambil maklum mengenai aduan penumpang dan pelancong berkenaan penangguhan perkhidmatan Aerotrain dan tindakan telah diambil untuk meningkatkan perkhidmatan bas gantian.

Ft Aerotrain Tergendala 3
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.