in

Kerajaan Kuwait Umum Denda & Penjara 10 Tahun Buat Rakyat Yang Sokong Israel

Cover 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, tentera Zionis telah menyerang penduduk Palestin dan melancarkan misil ke arah kawasan orang awam. Lebih mengecewakan, mereka kembali menyerang warga Palestin meskipun gencatan senjata telah dipersetujui bersama.



Dalam satu kenyataan, kerajaan Kuwait mengumumkan akan mengenakan penjara 10 tahun dan denda 5,000 Dirham kepada mana-mana rakyat negara itu yang menunjukkan sokongan kepada Israel secara fizikal atau di dalam media sosial.

1 9

Kenyataan ini dikongsikan oleh seorang rakyat Pakistan, yang menyeru agar Perdana Menteri, Imran Khan melakukan perkara yang sama untuk negaranya.

“Hormat saya kepada kerajaan Kuwait. Mereka umumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau dalam media sosial di dalam Kuwait akan dikenakan penjara 10 tahun atau denda”

Baru-baru ini, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, menjelaskan pendirian negaranya dalam menyokong tindakan penduduk Palestin dalam mempertahankan hak mereka.

Al-Sabah turut menyeru penduduk Israel agar menghentikan pendudukan secara haram di Palestin, dan mengharapkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Jurusalem Timur sebagai ibu kota negara.

 

Sumber: Free Press Kashmir

BACA: “Laungan takbir dan jeritan keseronokan bergema” – Israel & Gaza Umum Gencatan Senjata

Capture 60

Sumber: Daily Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.