TikTok sememangnya bukan sahaja dipenuhi dengan video merepek. Ada banyak video tips, tutorial, resipi dan bermacam video lawak serta menyedihkan. Seperti video TikTok daripada seorang lelaki dari negara Barat yang telah menyentuh hati ramai orang.
Video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dengan nama akaun @nayefmaa itu menunjukkan detik-detik ketika dia berjaya mengucap dua kalimah syahadah. Sehingga kini video itu telah mendapat 2.3 juta tontonan itu dan turut menunjukkan Nayef menangis sebaik sahaja dia sah memeluk Islam selepas berjaya mengucap syahadah.
Dah 7 tahun impikan
Dia turut berkongsi tentang beberapa cerita yang terjadi sebelum dia membuat keputusan ini yang diimpikannya sejak beberapa tahun lepas.
Menurut Nayef, keputusannya untuk menganut agama Islam merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan di dalam hidupnya. Melalui video itu, Nayef juga berkongsi yang sebenarnya rakan-rakannya tidak sokong dengan keputusan ini.
Pada 3 Julai 2020, saya buat keputusan terbaik yang pernah dilakukan seumur hidup. Saya mengucap Syahadah!”
Sesuatu yang saya impikan selama 7 tahun lamanya. Ramai kawan LGBTQ yang cuba halang saya daripada memeluk Islam.”
Tapi saya tahu dalam hati saya, Allah membimbing saya untuk membuat keputusan besar ini dalam hidup saya.”
Menurut Nayef lagi, dia sedar ada banyak lagi perkara yang perlu dia baiki selepas memeluk Islam. Tapi dia berdoa dan meminta agar Allah mengampunkan dan membimbingnya di jalan yang benar setiap hari.
Tonton video menyentuh hati itu:
https://www.tiktok.com/@nayefmaa/video/6864078179875736837?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjxMjmFAfGLeZoMwnxbUcpdl69w2BkbYiekiIgBQq8KdB%2FZW20OTVuCbj%2FdTvH2Y%2BskkTiSwNKxMHMzMK4AaAA%3D%3D&language=en&sec_uid=MS4wLjABAAAANG2at1tMnYLDD0jwiU0Ev9nsdwbWny0K8VYoLku1gsUlwa_s1OMjrGGUREFdMEF1&share_author_id=6812766453126087685&share_link_id=6B14D655-AC7C-418E-9582-F5856FDC63EB&tt_from=copy&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t
“Teringat masa silam”
Dalam sebuah video TikTok yang lain, Nayef menceritakan yang dia sebenarnya menangis sebaik mengucap Syahadah kerana terkenangkan dan menyesal dengan semua kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini.
Saya menangis kepada Allah dan merayu agar Dia memaafkan masa silam saya.”
https://www.tiktok.com/@nayefmaa/video/6864383993727454469?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjxMjmFAfGLeZoMwnxbUcpdl69w2BkbYiekiIgBQq8KdB%2FZW20OTVuCbj%2FdTvH2Y%2BskkTiSwNKxMHMzMK4AaAA%3D%3D&language=en&sec_uid=MS4wLjABAAAANG2at1tMnYLDD0jwiU0Ev9nsdwbWny0K8VYoLku1gsUlwa_s1OMjrGGUREFdMEF1&share_author_id=6812766453126087685&share_link_id=6B14D655-AC7C-418E-9582-F5856FDC63EB&tt_from=copy&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t
Sumber: TikTok