in

Kepala Pengantin Tersangkut Di Tingkap Kereta, Netizen Tanya ‘Driver’ Salah Ke Atau Sendiri Tertekan Sebab Nebes

f3 stck kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari perkahwinan merupakan antara hari yang terbahagia dalam hidup setiap orang sebab akhirnya kita akan disatukan dengan orang yang suka.

Ramai yang akan gementar hingga ada yang tersasul sebut nama pasangan ketika akad nikah. Namun, buat seorang lelaki di Indonesia ini pula dia telah mengalami kejadian yang agak lucu apabila kepalanya tersekat di tingkap kereta.


Namun, jangan risau, difahamkan dia tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kejadian itu dipercayai sempat dirakamkan sama ada oleh tetamu atau jurugambar ketika majlis berlangsung.

Video berkenaan kemudiannya viral di TikTok baru-baru ini.

@om.goy

#stitch dengan @immuzki_ susah banget tahan ketawa? #foryou #tiktok #fypシ #trend #fypp #fypシ゚viral #fyppppp #fypppppppp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – agoy gnetnag tegnab – OM AGOY

Dalam video tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki berkenaan mahu keluar daripada kereta apabila kepalanya tiba-tiba ke depan dan tersekat lepas cermin tingkap kereta dinaikkan untuk ditutup.

stck 2

Belum sempat dia nak alih kepalanya, cermin tersebut dinaikkan namun tidak dapat dipastikan sama ada pengantin lelaki itu sendiri yang tertekan butang tingkap atau pemandu kereta tersebut yang tak perasan dengan kejadian itu.

Kalau pengantin sendiri yang tertekan, mungkin jugak sebab dia nervous sangat nak kahwin kan. 

stck 4

Video seumpama itu sudah tentu menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pengantin itu.

Ada yang kata mereka sampai tidak dapat menahan ketawa.

Namun, gelak-gelak jugak, tapi korang kena ambil iktibar daripada kejadian ni tau, berhati-hatilah naik kereta ketika hari bahagia korang. 

Sumber: Suarajogja.id

Baca: Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur

stck 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.