in

“Kenapa telur?” – Kreatif! KKM Menggunakan Gambar ‘Telur’ Untuk Lapor Perkembangan Terkini Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan terdapat 3 kes baharu dengan 5 kes sembuh. 3 kes baharu tersebut semuanya daripada kes import, bukan dari tempatan.


Memang kreatif weyh! Waktu laporan ini disampaikan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah telah menggunakan gambar telur sebagai simbolik ‘0’ terhadap kes penempatan dan kemudian gambar itu dikongsikan di dalam media sosial.

Gambar telur ini telah mendapat perhatian orang ramai. Ternyata perkongsian gambar ini turut mencuit hati netizen, sekaligus membawa tanda syukur pada mereka.

Sedap kalau masak telur goreng

It’s World Record Egg

Telur grade A ni!

Dalam masa yang sama, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan berkenaan tamatnya kluster terbesar kita iaitu ‘kluster tabligh’.

Menerusi Facebook rasmi Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, beliau turut kongsikan rasa syukur tentang berita ini. Beliau turut berterima kasih pada pihak yang terlibat dalam membendung wabak berbahaya ini.

KLUSTER COVID-19 TERBESAR DI MALAYSIA TAMAT PADA HARI INI (KLUSTER SERI PETALING)KKM dengan sukacitanya ingin…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Rabu, 8 Julai 2020

Kalau semua boleh kerjasama, negara kita boleh capai kejayaan. Insyaallah…

 

Baca: [TERKINI] 5 Kes Pulih, 3 Kes Baru & TIADA Kes Kematian

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.