in

“Kenapa sanggup biar wajah terpampang kat iklan nikotin?” – Selebriti Dikecam Promosi Iklan Vape

Untitled Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya, pasaran vape atau e-cigarette memang tengah laku sekarang ni.


Sampaikan ada segelintir artis tempatan yang menggunakan peluang tersebut untuk menjana pendapatan, sama ada dengan mencari vendor untuk mengeluarkan produk mereka sendiri atau menjadi duta-duta buat rantaian bekalan produk-produk vape sedia ada sekarang ni.

Cuma yang tak bestnya, kedudukan mereka sebagai artis atau orang yang boleh kita cakap ada pengaruh dalam masyarakat kebanyakan ni — sedikit sebanyak dikhuatiri dapat menjadi contoh yang tidak baik kepada golongan muda terutama kanak-kanak.

Yelah, sebab ada juga dalam kalangan artis tu yang amat popular dalam kalangan peminat cilik ni.

Baru-baru ni, page Public Health Malaysia di Facebook ada menyuarakan pendapat mereka berhubung perkara ini.

1 3

Selebriti dimanipulasi?

Tidak cukup dengan Instagram review dan promosi di media sosial, wajah selebriti popular dipergunakan di kotak-kotak cecair nikotin.

Selebriti yang dipilih bukan calang-calang ya. Mereka merupakan pengacara dan juri untuk rancangan bakat kanak kanak. Ada selebriti yang galak mempromosikan vape sering dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah motivasi.

Jika zaman 90an dahulu, artis lelaki pernah digam penampilan di media kerana berambut panjang.

Mampukah kita melakukan perkara yang sama kepada selebriti yang mempromosikan produk ketagihan sebegini?

2 2

Kenyataan ini bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai di ruangan komen mereka, ada yang menyokong dan tidak kurang — ada juga yang mempersoalkan semula dan menganggap ia sebagai berat sebelah.

3 1 1

5 1

4 1

Tapi dalam banyak-banyak komen tu, rasanya pesanan ni yang paling win.

6 1

Terpulanglah kepada masing-masing, sebab kalau nak ‘bertekak’ isu ni memang sampai kesudah tak habis dibuatnya. Tepuk dada, tanyalah selera okay?

 

Baca: Kematian Pertama Akibat Hisap Vape Direkodkan Di US

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.