Minggu ini sahaja penuh berita mengenai Neelofa gara-gara tindakannya memilih lokasi The Zouk sebagai tempat untuk melancarkan tudung #BeLofa sehingga mendapat perhatian mufti-mufti di Malaysia.
Namun begitu, ada individu yang tidak puas hati kerana isu Neelofa pantas mendapat perhatian mereka walhal kes Sajat masih belum selesai. Baru-baru ini, Sir Azri atau dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik sebuah video di YouTube yang ditujukan khas buat mufti.
Di dalam video berdurasi lebih lapan minit itu Papagomo mempersoalkan jurang perbezaan antara menegur Sajat dan Neelofa. Katanya lagi, mufti pantas mengeluarkan kenyataan dalam menegur Neelofa, namun, tidak menegur Sajat, seorang lelaki atau pondan yang memakai tudung secara terang-terangan.
Kenapa tidak ada teguran sehingga ke hari ini oleh para mufti kepada golongan LGBT ini?”
https://www.youtube.com/watch?v=Rvl010_b4cQ
Lelaki itu juga mempersoalkan mengapa sekiranya wanita tulen yang membuat perilaku tidak baik mengenai tudung, cepat sahaja mufti memberikan teguran tetapi sebaliknya dengan Sajat yang bukan seorang wanita tulen.
Menurutnya lagi, dia menganggap mufti memilih kasih kerana hanya menegur Neelofa sedangkan terdapat isu lain yang besar melibatkan jantina Sajat yang dipandang ringan oleh mereka serta isu Sajat yang memakai tudung secara terang-terangan di media sosial.
Selain itu, di dalam video yang sama, Papagomo menuduh JAKIM penakut kerana tidak berjaya membuktikan jantina sebenar Sajat yang telah lama menjadi tanda tanya orang ramai.
Dia yang menganggap pilihan Sajat memakai tudung ibarat mempermainkan agama Islam itu kesal kerana tiada sebarang tindakan yang diambil mahupun kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti mengenai hal ini.
Harap isu ni settle dengan cepat…
Baca: JAKIM ‘Dihalang’ Buat Pengesahan Jantina Kerana Sajat Enggan Beri Kerjasama