in

50 Tahun Jatuh Bangun Anwar Ibrahim

Page Anwar4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja tengah hari tadi Anwar Ibrahim dibebaskan dan diperkenankan pengampunan penuh oleh Agong. Sekembalinya beliau ni, apa kata kita lihat balik 50 tahun jatuh bangun Anwar Ibrahim.


 

1968-1971: Anwar sudah pun berjinak dalam kepimpinan sejak bergelar pelajar di Universiti Malaya dan aktif dalam pergerakan pelajar radikal.

Anwar Zaman Uni
sumber: blog

1971: Anwar merupakan pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang menjadi kuasa berpengaruh dalam sosio-politik negara.

1974: Anwar ditahan buat kali pertama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas mengetuai beribu pelajar untuk protes kemiskinan di Baling, Kedah. Pada ketika ini juga, Anwar mula rapat dengan ketua PAS dan mula berpengaruh.

1982: Anwar telah dilantik Tun M untuk sertai UMNO beberapa bulan selepas bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-4 sebagai salah satu cara untuk meneutralkan sokongan terhadap PAS. Beliau bertanding untuk calon Permatang Pauh dan menang pada tahun itu.

8382Fdde 6876 11E7 8C84
sumber: blog

1983: Dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

1984: Dilantik sebagai Menteri Pertanian.

1986: Dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Kekal memegang Permatang pauh melawan Mat Sabu dari Parti PAS.

1991: Dilantik sebagai Menteri Kewangan.

2018 05 11T043213Z 583220489 Rc14D43E7A60 Rtrmadp 3 Malaysia Election Conference
sumber: blog

1993: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO melawan Ghafar Baba dalam kempen yang membawa kepada dakwaan wang politik.

Czlfak Ueaapaa
sumber: blog

1997: Malaysia turut terlibat dalam krisis ekonomi Asia dan Mahathir membawa masuk semula Daim Zainuddin sebagai penasihat kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk melemahkan pasukan Anwar.

1998: Hubungan Anwar dan Mahathir semakin renggang selepas dakwaan kronisme dan nepotisme yang dikaitkan dengan Tun M selepas perhimpunan agong UMNO.

Buku yang mendakwa Anwar homoseksual bertajuk, “50 Sebab Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM” telah diedarkan dalam kalangan perwakilan UMNO. Buku itu telah diharamkan dan polis mengatakan tuntutan tersebut adalah palsu.

Pada 2 September, Anwar dipecat dari jawatan kabinetnya atas alasan moral di mana Anwar mengatakan tuduhan tersebut adalah cara konspirasi untuk memusnahkan karier politiknya.

Beliau kemudian mengadakan roadshow yang dihadiri ramai orang bagi menjelaskan hal tersebut serta menggesa Tun M untuk meletakkan jawatan.

Anwar ditangkap di bawah ISA lagi selepas pasukan polis menyerbu rumahnya di Bukit Damansara semasa sidang media sedang berlangsung.

Selama beberapa hari selepas itu, bantahan secara besar-besaran di Kuala Lumpur dengan parti pembangkang seperti PAS dan DAP serta kumpulan masyarakat sivil yang bersatu dengan tujuan reformasi.

Anwar tiba di mahkamah dengan mata yang lebam kerana telah diserang semasa dalam tahanan oleh Ketua Polis pada masa itu iaitu Abdul Rahim Noor.

Anwar Lebam 01 Copy 736880
sumber: blog

Anwar telah didakwa kerana rasuah dan mengganggu siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual yang dikenakan terhadapnya.

1999: Anwar telah dikenakan hukuman penjara selama enam tahun kerana salah guna kuasa. Beliau juga disabit kesalahan meliwat pemandunya Azizan abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun.

Parti Keadilan telah ditubuhkan dengan isteri beliau, Wan Azizah sebagai presiden. Parti tersebut kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang telah dibentuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2004: Dakwaan meliwat dibatalkan dan beliau telah dilepaskan dari penjara serta menghabiskan masa dua tahun seterusnya dengan mengukuhkan partinya selepas kekalahan besar pada pilihanraya tahun 2004. Beliau juga memegang jawatan akademik di UK dan US.

Selasa Depan Anwar Ibrahim Hirup Udara Bebas We1
sumber: blog

2008: Anwar mengetuai kempen parti pembangkang pada pilihan raya dan menyatukan PKR, PAS dan DAP. Mereka menang empat negeri.

Rancangan Anwar untuk membina Kerajaan Persekutuan gagal.

Tuduhan baru telah timbul selepas staf pejabat PKR, Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya.

Anwar kembali ke Parlimen selepas memenangi Permatang Pauh menggantikan isterinya. Dia juga dilantik sebagai ketua pembangkang.

2012: Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat, tetapi telah dilawan oleh pihak pendakwaan.

2013: Anwar ketuai Pakatan Rakyat dalam pilihan raya sekali lagi mengalahkan BN yang ketika itu di bawah pimpinan Najib Razak.

2014: Strategi PKR untuk jadikan Anwar dan kemudian isterinya sebagai Menteri Besar Selangor gagal. Sultan Selangor sebaliknya melantik Azmin Ali.

2015: Mahkamah Persekutuan mengesahkan tuduhan ke atas beliau dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

2016: Mahathir bertemu dengan Anwar buat pertama kali dalam masa 18 tahun dan bersetuju untuk bekerjasama dalam menjatuhkan Najib.

Anwar Tun Jumpa
sumber: blog

2017: Mahathir dinamakan sebagai pengerusi gabungan empat parti Pakatan Harapan. Beliau kemudian dinamakan sebagai calon PM dengan rancangan untuk memberikan kuasa tersebut kepada Anwar.

2018: PH menang PRU14.

Anwar dibebaskan dan diperkenankan pengampunan penuh diraja dan berkemungkinan akan kembali ke dunia politik tak lama lagi.

Jjj 1
sumber: malaysiakini

Wahhh..Banyak betul yang dilalui beliau.

Sumber: Free Malaysia Today

Baca: Anwar Mungkin Bertanding Pilihan Raya Lepas Aidilfitri

Q1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.