Tular di media sosial baru-baru ini tentang kontroversi melibatkan usahawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri.
Bermula dengan dakwaan isu perceraian, diikuti dengan bantuan prihatin, kini gambar percutian bersama anak-anaknya menjadi viral kerana dikatakan melanggar arahan PKP, lapor Berita Harian.
Hal ini timbul apabila Dato’ Aliff Syukri meletakkan ‘hari ini’ pada kepsyen gambar. Ada juga yang berkata gambar itu sengaja ‘memancing’ kecaman netizen.
Sejurus selepas dihentam oleh netizen Dato’ Aliff Syukri telah menafikan perkara tersebut dia turut menyatakan bahawa gambar tersebut sudah lama di ambil.
Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesalahan saya? Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram” – Dato’ Alif Syukri
Katanya dia turut bersedih dan pelik dengan tindakan sesetengah netizen yang sengaja mahu mencari kesalahannya, apa yang dia buat sehingga warganet semua membencinya.
Susulan itu dia memuat naik satu video penjelasannya tentang isu yang di kecam oleh netizen.
https://www.instagram.com/tv/B-wvrhQJkP2/?utm_source=ig_web_copy_link
Walaubagaimanapun, gambar itu rata-rata mendapat komen negatif daripada netizen.
Macam-macam lah Datuk Aliff ni.
Baca; “Jualan saya jatuh merudum 90%” – Aliff Syukri Dakwa Dia Layak Terima Bantuan BPN?