in

“Kenapa makin mahal ya?” – Ubai Terkejut Lesen Kereta Hampir Cecah RM3K, Netizen Pun Setuju!

Untitled Design 2024 04 18T114134.933

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia yang ingin memandu kereta perlu mempunyai lesen memandu mengikut kelas yang sepatutnya.

Pun begitu, pempengaruh Ubaidillah Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai meluahkan rasa terkejut apabila caj untuk mengambil lesen memandu kini sudah mencecah hampir RM 3,000.


Artikel berkaitan: “Tiada unsur kecurian identiti” –  Keluar Muka Orang Lain Dalam Lesen, JPJ Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM

Dia yang juga suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu berkongsi pengalamannya di platform X berkenaan isu itu selepas ingin mendaftarkan adiknya untuk mengambil lesen memandu.

“Masih tidak faham kenapa mahal, buku belajar memandu pun bagi dalam PDF,  tapi nak buat camne, aku pun dah bayar depo 900 redha je ler,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Ubai juga turut berkongsi flyer mengenai kelas memandu yang didaftarkan untuk adiknya itu.

“Sejak bila mahal sangat?” 

Perkara itu turut menarik perhatian netizen dan rata-rata terkejut dengan harga yang dikatakan itu, namun ada juga yang berkongsi kelas memandu di kawasan mereka menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Cats 16

Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut sudah pun menerima lebih 5K repost serta lebih 500  replies.

Korang dulu amik lesen berapa RM?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.