in

“Kenapa buat anak aku macam tu?” – Kes Dera Anak Angkat Hingga Maut, Ibu Kandung Menyesal Beri Anak Pada Kawan

Ft Dea Anak Hingga Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang meninggal dunia akibat didera oleh ibu bapa angkatnya meluahkan rasa terkilan terhadap tertuduh.

Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 28, ketika mengikuti prosiding pendakwaan dalam Mahkamah Majistret hari ini menyatakan bahawa dia begitu menyesal memberikan anaknya itu kepada tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 28.


Artikel penuh : Suami 66 Tahun &;Isteri 27 Tahun Ditahan, Dipercayai Bunuh Anak Angkat

Artikel penuh : “Jerit minta anak cari barang” – Kes Dera Anak Angkat, Jiran Kongsi Sering Dengar Suara Budak Menangis

Jelas Siti Nurhidayatul Akmar ketika di luar kamar Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak hari ini menjelaskan bahawa hubungannya dengan tertuduh merupakan kawan baik sejak zaman persekolahan.

Katanya yang mengikuti prosiding pendakwaan tertuduh lagi, mangsa adalah anak ketiganya dari empat beradik yang mana jagaannya diserahkan kepada Wan Fatimah Zahra sejak April lalu atas alasan kawan baiknya itu sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan anak.

“Saya menyesal bagi anak itu dibelanya (oleh tertuduh). Dua ke tiga hari sebelum meninggal (hari kejadian), memang dia (tertuduh) ada kata nak hantar balik kepada saya, tetapi akhirnya yang saya dapat anak saya dalam keadaan sudah tak bernyawa.”

Terdahulu, Wan Fatimah Zahra mengangguk tanda memahami pertuduhan membunuh kanak-kanak itu yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, S Punitha.

Namun begitu, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa perbicaraan Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Wan Fatimah Zahra didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia Yusullah, 5, di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop, Silibin, antara tempoh 5 Jun hingga 10 Jun 2024.

Bunuh Anak

Tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjarakan di antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Malah, tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Menurut sumber, suasana hiba menyelubungi luar kamar mahkamah selepas prosiding itu apabila ada beberapa waris lain mangsa termasuk nenek, Zanuriyah Mohd Madzlan, 65, kelihatan bersedih.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.