in

“Jerit minta anak cari barang” – Kes Dera Anak Angkat, Jiran Kongsi Sering Dengar Suara Budak Menangis

Ft Jiran Mangsa Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes budak perempuan 5 tahun yang meninggal dunia akibat disyaki menjadi mangsa dera ibu dan bapa angkatnya di Taman Malcop, Perak dikatakan sering kali menangis dan dimarahi individu dipercayai bapa angkatnya itu.


Perkara itu dikongsikan oleh jiran keluarga tersebut iaitu  Mohd Zezeli Abdul Latif, 58. Katanya, dia hanya menyedari kehadiran budak itu di kawasan perumahan mereka sejak dua bulan lalu. Jelasnya,  bapa angkat mangsa yang berusia 66 tahun itu sudah lama menetap di taman perumahan berkenaan tetapi dia tidak ramah dengan jiran tetangga.

Artikel berkaitan : Suami 66 Tahun & Isteri 27 Tahun Ditahan, Dipercayai Bunuh Anak Angkat

Artikel berkaitan : Isteri Sarat Hamil Menangis Suami Kena Penjara 69 Tahun & 20 Sebatan Sebab Rogol Anak Angkat

Mohd Zezeli yang hanya berjiran sebelah rumah dengan keluarga mangsa berkata isterinya itu kerap mendengar tangisan kanak-kanak tersebut serta suara seorang lelaki dalam nada tinggi seakan menjerit ketika berada di halaman rumah.

Screenshot 2024 06 11 181440

“Pernah juga dengar suara lelaki itu menjerit dan meminta anaknya mencari barang, mungkin dia marah sebab ada barang yang hilang.”

“Setahu saya, lelaki itu tinggal bersama isterinya sahaja sebelum kanak-kanak itu muncul dalam tempoh dua bulan ini.”

Menerusi Berita Harian, dia hanya mengetahui kejadian menimpa mangsa selepas melihat ada banyak kereta peronda polis di hadapan rumah itu.

Kata seorang lagi jiran, N. Gandhi, 74, berkata mangsa adalah seorang kanak-kanak yang comel serta ceria, dan pernah menyapanya namun mengakui dia tidak pernah melihat mangsa bermain di luar atau halaman rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi oleh Berita Harian mengesahkan bahawa mangsa hanya mula dibela dan dijaga oleh ibu angkatnya itu sejak April lalu.

Malah, difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada rakan ibu angkat mangsa yang terbabit dalam kes itu.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.