in

Kenali Melayu Di Australia, Penduduk Pulau Cocos Yang Tidak Hilang Budaya Asalnya Meski Jauh Dari Tanah Asal

Ft Cocos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Diaspora masyarakat Melayu tidak hanya terhad di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sahaja, malah merangkumi pecahan yang lebih luas di seluruh dunia. Sampaikan suatu masa dahulu, presiden Filipina, Diasdado Macapagal pernah mengaku dirinya sebagai bangsa Melayu selain José Rizal dan Apolinario Mabini yang turut berbangga dengan pengenalan diri mereka itu.


Tapi korang tahu tak, ada juga masyarakat Melayu yang menetap di sebuah pulau di Australia yang dikenali sebagai Pulau Cocos.

Rupa paras serta budaya yang diamalkan tidak banyak bezanya dengan penduduk di negara kita serta Indonesia, Singapura dan Brunei kerana mereka datangnya dari rumpun yang sama.

 

Datang sebagai pekerja

Mereka merupakan etnik yang dominan di kepulauan itu serta menganuti agama Islam. Namun kawasan tersebut turut didiami oleh masyarakat yang beragama Kristian.

Asal usul kedatangan masyarakat Melayu ke negara itu bermula apabila mereka dibawa oleh pengembara Inggeris yang dikenali sebagai Alexander Hare, bersama pasangannya yang merupakan seorang wanita berbangsa Melayu serta hambanya yang juga dari bangsa yang sama.

Jika ditelitikan rupa paras mereka tiada bezanya dengan masyarakat Melayu di Asia Tenggara kerana pada asalnya Melayu Cocos ini berasal daripada Bali, Celebes, Madura, Timor serta Sumatra.

Capture 2 6 1

Hare pada mulanya tidak berniat untuk menetap lama di kawasan itu namun rancangannya untuk pulang ke ladangnya di Jawa tidak membuahkan hasil menyebabkan dia bercadang untuk membangunkan penempatan serta menanam bahan makanan yang cukup untuk orang-orangnya.

Namun apabila Hare pulang ke England untuk menguruskan masalahnya dengan Syarikat Hindia Timur, John Cluniess-Ross mengambil alih tempatnya.

Ross datang bersama immigran berbangsa Melayu dengan tujuan menghasilkan produk yang berasaskan kelapa yang dikenali sebagai copra untuk dijual.

Sebelum berkembangnya perniagaan ini, Hare dan Ross sering bertelagah kerana kedua-dua mereka mahu memenuhi kepetingan mereka sendiri.

Tak pasal-pasal bangsa Melayu pula yang jadi mangsa sebagai pekerja mereka…

Akhirnya perniagaan itu semakin maju tapi kini ia dianggap sebagai industri yang semakin pupus dalam kalangan masyarakat itu.

 

Bukan milik Australia

Pada asalnya keluarga Ross mengatakan bahawa jajahan itu adalah milik asal mereka. Jadi pada September 1978 kerajaan Australia membeli tanah  itu dengan harga £2.5 juta yang sebenarnya hanyalah bayaran kepada keluarga itu.

Ini kerana campur tangan dari kerajaan Australia telah bermula sejak tahun 1955 lagi, dan sejak itu penduduk di pulau itu termasuk Melayu Cocos terlatak dibawah kuasa Queen Elizabeth II.

Capture 4 2 1

Melayu Cocos

Macam yang min cakap awal tadi, penduduk di pulau ini didominasi oleh masyakarat Melayu dan beragama Islam. Jadi cara hidup, budaya, makan serta bahasa yang dituturkan masih sama dengan masyarakat kita.

Seperti di Malaysia, mereka juga menerima ajaran Islam seperti solat lima waktu, berpuasa serta mengaji al-Quran. Amalan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha masih meriah seperti biasa selain turut mengamalkan adat budaya Melayu seperti menanggalkan kasut dan selipar sebelum memasuki rumah.

 

Capture 9 20

 

Sungguhpun perkara ini dilihat seperti perkara yang remeh, tapi cuba kita tanyakan diri sendiri adakah mudah untuk kita tidak terikut dengan budaya luar sekiranya kita jauh dari tanah air sendiri?

Dari segi makanan pula, mereka masih menjaga batas halal haram seperti yang dianjurkan oleh agama Islam dengan menolak makanan haram seperti babi dan minuman alkohol.

Bagi pengamalan budaya masyarakat Melayu Cocos mereka menyimpan uri bayi yang baru lahir di bawah katil selama tiga hari bagi mengelakkan dari diganggu. Selain itu, sikat, cermin dan gunting akan diletakkan di bawah bantal bayi itu atas sebab yang sama.

Mereka turut mengamalkan upacara ‘Hari Ketujuh’ sebagai hari kesyukuran serta untuk memberi nama kepada bayi itu. 

Masyarakat Melayu Cocos turut mempunyai satu tarian kesenian yang biasa dipersembahkan sewaktu majlis perkahwinan dan yang menarik lagi adalah tarian ini dipersembahkan oleh kaum lelaki.

Korang tengok baju dia, meriah betul!  

 

Capture 1 11 9

 

Sampai sekarang pun budaya Melayu yang diamalkan masih tidak luntur walaupan sudah mencecah beratus tahun. Korang kalau nak cerita mengenai Melayu Cocos ni memang tak cukup, jadi korang rajin-rajinlah baca mengenai sebaran bangsa Melayu. Selain Pulau Cocos korang tahu tak di mana lagi masyarakat Melayu tersebar?

Sumber : Buku Pulau Cocos (Keeling) Masyarakat Melayu di Australia

 

Baca : Muka Melayu Anak Rihana Oksana Makin Besar, Netizen Harap Ismail Leon Dididik Agama Islam Belajar BM

Capture 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.