in

Kenali Kembar Seiras Yang Buat Segalanya Bersama, Siap Kongsi ‘Boyfriend’ Sejak 10 Tahun Lalu

Kenali Kembar Seiras Yang Buat Segalanya Bersama Siap Kongsi Boyfriend Sama Sejak 10 Tahun Lalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, kita sering melihat di dalam filem-filem atau di dunia nyata, pasangan kembar selalunya akan berpakaian lebih kurang sama. Kadangkala perbezaannya hanyalah style rambut mereka atau warna pakaian. Ada masa tu, semua benda yang diorang pakai memang sebijik sampai susah nak dibezakan.


Tapi, ada juga pasangan adik-beradik bukan kembar yang sengaja dipakaikan baju sama dan mempunyai style rambut serupa.

Decinque E1619930656376

Bagi pasangan kembar seiras Anna dan Lucy DeCinque, mereka menggelar diri mereka pasangan kembar seiras paling serupa di dunia kerana gaya hidup masing-masing yang memang sebijik! Kalau korang nak tahu, mereka ni siap share boyfriend yang sama lagi!

Makanan pun kena ukur supaya masing-masing dapat ‘amount’ sama

Anna dan Lucy DeCinque, 35, berasal dari Perth, Australia. Difahamkan, pasangan kembar ini melakukan semua benda bersama untuk memastikan fizikal mereka kekal serupa dengan satu sama lain.

“Kami tidak akan berjauhan daripada satu sama lain. Kami bekerja bersama dan berkongsi segalanya. Jika ada yang ke tandas untuk mandi atau membuang air, yang seorang lagi akan ikut,” kata kembar itu.

0 Annalucy Decinque E1619930884543

Memetik New York Post, Anna dan Lucy juga akan memakai pakaian yang serupa. Mereka juga akan melakukan senaman sama dan mengukur makanan mereka supaya tiada kembar yang akan mempunyai saiz badan berbeza.

Ketika disoal, Anna dan Lucy berkata, masa paling lama mereka berdua terpisah adalah ketika bereka sama-sama pergi membuat pembedahan plastik untuk menambah implan pada payudara.

“Lucy yang masuk ke dewan pembedahan dulu jadi saya kena tunggu berseorangan selama satu jam,” kata Anna.

Bercinta dengan lelaki sama sejak 10 tahun lalu

Annalucyben

Pun begitu, menurut pasangan kembar seiras ini, perkara yang paling mengejutkan orang ramai mengenai kehidupan mereka adalah hubungan cinta mereka yang dijalinkan dengan seorang lelaki yang sama.

Difahamkan, Anna dan Lucy sudah 10 tahun bercinta dengan Ben Byrne, 37, yang bekerja sebagai seorang electrician. Untuk info, Ben juga mempunyai kembar yang tidak seiras.

“Kami bertemu Ben di Facebook dan hubungan kami sangat baik sejak pertama kali bertemu. Ia mudah untuk kami berdua berkongsi teman lelaki. Ben juga faham yang kami berdua akan selamanya bersama. Tiada rasa cemburu antara kami,” jelas Anna.

Menurut pasangan kembar seiras itu, sebelum ini mereka pernah mempunyai pasangan sendiri namun hubungan itu tidak berpanjangan kerana mereka mahu Anna dan Lucy berpisah.

Mahu ‘pregnant’ pada masa yang sama

Identical Twins E1619931153929

Berbicara mengenai keluarga, Anna dan Lucy berkata mereka berdua merancang mahu berkahwin dengan Ben dan hamil anak lelaki itu pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, impian itu agar sukar untuk menjadi kenyataan atas beberapa faktor tertentu.

“Kami mahu berkahwin dengan Ben jika undang-undang di Australia membenar poligami. Tapi kini, ia masih belum dibenarkan,” kata Anna.

Pasangan kembar seiras itu juga mendedahkan mereka sedar yang perancangan mereka untuk hamil pada yang sama sukar kerana ia bergantung pada nasib.

Terang Lucy, dia dan Anna ada bercadang mahu menjalankan IVF bagi merealisasikan impian mereka. Pun begitu, rancangan itu dibatalkan kerana ibu pasangan kembar seiras itu mahu anak mereka hamil secara natural.

0 Anna And Lucy Decinque 767951 E1619931245893

Kisah unik pasangan kembar seiras Anna dan Lucy DeCinque ini dipaparkan dalam rancangan televisyen TLC bertajuk, Extreme Sisters.

Selain Anna dan Lucy DeCinque, rancangan realiti televisyen itu juga memaparkan beberapa pasangan kembar lain yang mempunyai gaya hidup yang unik

Sumber: New York Post, MamaMia

Baca: TikTok Satukan Kembar Yang Terpisah Selama 23 Tahun!

Ft Kembar E1619927453868

Sumber: DailyMail
Sumber: Mirror
Sumber: ODT
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.