in

Kenali ‘Kampung YouTube’ Di India Dimana 1/3 Penduduk Adalah YouTuber, Yang Paling Tua Umur 85 Tahun

Kenali Kampung Youtube Di India Dimana 13 Penduduk Adalah Youtuber Yang Paling Tua Umur 85 Tahun E1667714552253

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konten video dalam talian sememangnya mempunyai populariti yang besar di serata dunia. Jadi, tak hairanlah kalau ada individu yang memilih untuk menghasilkan konten video dalam talian ini sebagai punca pendapatan utama.


India Youtube Village E1664675747545

Tahukah korang, ada sebuah perkampungan kecil di negeri Chhattisgarh, India, yang telah mendapat jolokan nama Kampung YouTube selepas 1/3 daripada 3,000 orang penduduknya merupakan YouTuber.

Segalanya bermula daripada kisah dua orang sahabat, Gyanendra Shukla dan Jai Verma yang meninggalkan pekerjaan mereka sebagai network engineer dan guru untuk membuat konten video yang akan dimuat naik ke internet.

1661152948 487 Raipurs Village Tulsi There Are 1000 In The Population Of

Tidak lama selepas memulakan kerjaya baru sebagai Content Creator di YouTube, dua sahabat ini mula mendapat pulangan wang yang lumayan, sekaligus menjadi inspirasi ramai penduduk kampung untuk mengikut jejak langkah mereka.

Kampung YouTube atau juga dikenali dengan nama sebenarnya Tulsi, dahulu merupakan perkampungan dimana majoriti penduduknya adalah petani. Pun begitu, selepas mendengar tentang kejayaan Gyanendra dan Jai, sedikit demi sedikit penduduk Tulsi mula menukar arah kerjaya mereka dan ramai yang mendapati wang pulangan yang diperoleh daripada menghasilkan video lebih banyak daripada pekerjaan lama mereka.

Saluran-saluran YouTube yang dicipta oleh beberapa penduduk kampung berbeza genrenya. Ada yang memilih untuk membuat konten hiburan, muzik, pelajaran dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, saluran YouTube paling popular milik penduduk kampung ini kini mencecah lebih 100,000 subscribers. Mantap!

Jangan terkejut tau sebab Content Creator paling tua di kampung ini adalah seorang nenek berusia 85 tahun!

Sumber: South China Morning Post

Baca: Remaja 19 Tahun Dikahwinkan Dengan Ketua Kampung, Rupanya ‘Dijual’ Ibu Sebab Tak Mampu Bayar Hutang?

Ketua Kampung Hutang E1664674509555

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.