Menjelang hari penamaan calon 28 April ini, kebanyakan parti sudah pun mengumumkan nama-nama yang mungkin akan bertanding di beberapa kawasan ‘hot’ pada PRU14. Antara calon yang mendapat perhatian ialah seperti Tun Mahathir, Syed Saddiq dan Isa Samad.
Tapi baru-baru ni tular di media sosial tentang seorang calon perempuan yang bakal bertanding di negeri di bawah bayu. Mendapat jolokan ‘Beauty with Brain’, ini 6 perkara menarik mengenai Jo-Anna Sue Henley Rampas yang bakal mencairkan hati pengundi lelaki di DUN Kiulu.
1. Anak jati Sabah yang berketurunan British-Dusun
Baru berusia 29 tahun, ramai yang tak percaya wanita berwajah Pan Asian bernama Jo-Anna Sue Henley Rampas ni berasal dari Kiulu, sebuah kawasan kecil di perbukitan dekat Gunung Kinabalu, Sabah. Ibunya yang berketurunan Dusun telah berkahwin dengan bapanya yang berketurunan Inggeris. Sebab tu lah wajah Jo-Anna berbeza sikit dari wajah orang Dusun yang lain.
Meskipun Jo-Anna sering dilabel sebagai anak penjajah, dia seperti kanak-kanak lain dah terbiasa main panjat pokok dan lari-lari keliling kampung macam anak tempatan lain. Dan jangan terkejut kalau korang dengar Jo-Anna bercakap bahasa Dusun atau Sabah. Memang pekat dan asli. Tak macam anak orang putih lain!
2. Juara Unduk Ngadau 2007 dan bekas Bintang RTM
Rupa-rupanya dia ni juara Unduk Ngadau 2007 (pertandingan ratu cantik kat Sabah) dan dah join pertandingan tu ketika dia berusia 17 tahun lagi! Walaupun Jo-Anna pada masa tu agak ‘chubby’ dengan berat 60kg, dia berjaya dijulang sebagai juara sebab kehebatannya bercakap dalam bahasa Dusun.
Selain tu, tak ramai jugak yang tahu Jo-Anna ni sebenarnya seorang penyanyi. Dia pernah menyertai pertandingan Bintang RTM dan menang tempat kedua dalam pertandingan tu. Wow!
3. Bukan sekadar cantik tapi berkelulusan luar negara
Kalau korang sangka Jo-Anna hanya femes sebab dia cantik dan berbakat dalam nyanyian, korang memang salah sama sekali! Jo-Anna ni berkelulusan Undang-Undang di University of London dan mempunyai Master of Law (International Law and Corporate Social Responsibility) dari University of the West of England. Ni lah beauty with brain yang sebenar!
Semasa di London, Jo-Anna dikatakan telah bertugas dalam bidang advertising dan menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia. Pun begitu bila kembali ke Sabah, dia terus diangkat menjadi Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah dan Ikon Belia Warisan Sabah pada tahun 2018.
4. Ibu, pakcik dan datuk bekas ahli politik
Arena politik ni bukanlah benda baru bagi Jo-Anna dan keluarganya yang memang dah menceburi bidang ni sejak sebelum dia dilahirkan lagi. Semuanya bermula dengan datuk Jo-Anna yang merupakan ketua orang asli dan antara individu terawal menemui penempatan Kiulu.
Kemudian tak lama lepas tu, ibu Jo-Anna pernah menjadi calon bagi parti AKAR pada 1994 dan pakciknya pula, Louis Rampas menjadi ADUN bagi kawasan tersebut sejak dari tahun 1999 hingga 2003. Politik ni bagaikan dah mengalir dalam darah dagingnya. Bukan calang-calang tau…
5. Akhirnya pilih ceburi politik juga
Sejak zaman muda lagi, Jo-Anna memang berminat dalam isu berkaitan rakyat. Bila dia terdengar tentang parti Warisan daripada pekerja yang renovate rumahnya, dia jadi berminat untuk menyertainya. Tak lama lepas tu, parti tersebut memberitahu yang mereka memang tengah cari ikon belia dari Gen Y dan Z di Sabah dan mereka ingin beri Jo-Anna peluang tu.
Merasakan ia platform yang terbaik, Jo-Anna membuat siri jelajah dan mendapati tak ramai budak bandar yang minat dengan politik berbanding remaja di kampung. Perkara ni buat Jo-Anna lebih bersemangat untuk membantu penduduk kawasannya dengan memberikan pembangunan yang baik untuk mereka.
6. Bakal menentang bekas wartawan di DUN Kiulu
Walaupun belum dipastikan lagi sama ada Jo-Anna akan bertanding di Kiulu ataupun tidak, namun bekas Unduk Ngadau ni dikatakan akan bertanding dengan calon dari Parti Bersatu Sabah, Datuk Joniston Bangkuai. Jo-Anna sebelum ni dikatakan agak lantang mengkritik Bangkuai, seorang bekas wartawan yang dikatakan tak peduli tentang pembangunan jalan raya, kejatuhan harga getah dan peluang pekerjaan di kawasan Kiulu.
Kata-kata akhir Jo-Anna ketika ditemubual The Star,
“Saya masih tak tahu sama ada saya akan bertanding berlawan Datuk Joniston atau tak. Tapi dengan sesiapa pun yang akan saya bertanding nanti, fokus saya hanya untuk memenangi undi majoriti,” kata Jo-Anna yang kini menjelajah dari satu kampung ke satu kampung.
Rasanya mampukah Jo-Anna memenangi kerusi di DUN Kiulu? Nampak dari gaya, bekas ratu cantik ni seorang yang bersemangat dalam memperjuangkan hak rakyat. Papepun undi di tangan anda. Semoga calon yang dipilih memperjuangkan kebajikan penduduk di sana.
Sudahlah cantik, bijak dan suka membantu pulak tu. Cair hati jejaka Sabah. Tapi jangan lupa, Jo-Anna dah berkahwin tau!
Baca: 10 ‘Beauty With Brains’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah