in

Kena Flush Berkali-kali Tapi…

Bayi Flush

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin lama makin berani pulak mereka yang tak bertanggungjawab ni membuang bayi di tempat yang tidak sepatutnya. Baru-baru ni seorang bayi lelaki seberat 2.6kg dah ditemui di dalam mangkuk tandas stesen minyak RnR Rawang, lapor Harian Metro.


34830160 387325941764704 1333347179426742272 N
sumber: facebook
34984649 387325968431368 6421400003612246016 N
sumber: facebook

Namun, mujurlah bayi tu tak apa-apa dan dalam keadaan sedar serta menangis. Susulan berita ni viral di media sosial, netizen mula meninggalkan pelbagai komen berkaitan kejadian tersebut. Antara komen yang menarik perhatian ramai ialah pengakuan dua netizen yang dipercayai berada di tempat kejadian.

Menerusi posting sebuah page Facebook, netizen dengan nama Lyana Bieber menceritakan pengalaman adiknya yang bertugas di Starbucks stesen minyak tersebut jumpa bayi di dalam mangkuk tandas. Adiknya kemudian meminta pertolongan orang awam untuk keluarkan bayi malang tu.

35051659 2158940140992235 2767683750245433344 N
sumber: facebook

Manakala Afeez Norlia pula mengakui antara orang pertama yang berada di tempat kejadian dan mengangkat bayi tu keluar dari mangkuk tandas. Mengejutkan, bayi tersebut jugak dikatakan telah di ‘flush’ berkali-kali oleh si ibu yang mungkin tak boleh terima kenyataan kelahiran ‘mengejut’ anaknya.

35064505 2158940170992232 7994737375580258304 N
sumber: facebook

Apa-apapun bayi tu kini dalam keadaan baik dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Namun doktor masih lagi tak dapat sahkan bangsa bayi berkenaan dan pihak polis akan jalankan siasatan.

Kes ini disiasat ikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Tergamak buang anak dalam mangkuk tandas ye… Nasiblah ada orang yang nak cepat-cepat selamatkan. 

Baca: “Maaf saya terpaksa buang dia…” – Ibu Tinggalkan Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf

Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.