in

Ken McElroy: Kisah Pembuli Kejam Dibunuh Mangsanya Tapi Sampai Sekarang Tak Dapat ‘Pembelaan’ Sebab…

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saya dengar bunyi tembakan tapi tak nampak apa-apa.”

Ini merupakan respon yang diterima oleh pihak polis berulang kali apabila dorang soal penduduk berkomuniti kecil di Skidmore, Missouri tentang kematian Ken McElroy.

Tapi apa yang pasti, McElroy memang merupakan orang yang paling dibenci di bandar itu. Malah, sepanjang kehidupannya, lelaki ini telah dituduh dengan pelbagai jenayah termasuklah tuduhan melakukan serangan, pencabulan kanak-kanak, merogol, membakar, merompak dan kekejaman terhadap haiwan.


Walaupun begitu, McElroy sentiasa berjaya mengelak dari dikenakan hukuman sehinggalah pada suatu hari, lelaki ini dapat pembalasan yang sepatutnya.

Ken McElroy, pembuli kejam yang sentiasa mengganggu penduduk Skidmore

Killing Of Ken Mcelroy

Dilahirkan pada 1934, Ken Rex McElroy merupakan seorang penduduk di Skidmore, Missouri. Bagi penduduk yang sangat rapat dengan satu sama lain di bandar ni, mereka cukup mengenali McElroy sebagai seorang pembuli.

Selepas berhenti belajar ketika berada di gred 8, McElroy mula menunjukkan kenakalannya dengan mula memburu rakun dan membuat jenayah-jenayah kecil sehinggalah dia menjadi penjenayah sebenar.

McElroy yang memegang status sebagai pembuli ini telah didakwa sebanyak 21 kali untuk kes kecurian. Tapi tak pernah sekali pun dia dipenjarakan kerana dia akan menakut-nakutkan mana-mana saksi.

Tak cukup dengan itu, dia juga pernah merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan berjaya mengelak dari didakwa atas pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur dengan menceraikan isterinya dan berkahwin dengan kanak-kanak tersebut bila dia mencecah umur 14 tahun dan mengandungkan anaknya.

Bagi membuatkan keluarga kanak-kanak tersebut bersetuju dengan perkahwinan itu, McElroy telah membakar rumah keluarga tersebut dan menembak mati anjing peliharaan mereka.

Kemudian, pada Julai 1976, McElroy telah menembak seorang petani bernama Romaine Henry di bahagian perut menggunakan senapang. Henry bernasib baik kerana tembakan tersebut tidak meragut nyawanya manakala McElroy telah didakwa atas tuduhan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Tapi sekali lagi, lelaki ini berjaya mengelak dari menerima apa-apa hukuman. Untuk kes ini, peguamnya berjaya mendapatkan dua orang saksi yang mendakwa mereka telah keluar memburu dengan McElroy pada hari kejadian dan memberitahu yang mereka tak ada di kawasan tempat Henry ditembak.

Ken McElroy didapati tidak bersalah.

Pada tahun 1980, McElroy sekali lagi terlibat dalam tembakan yang lain. Kali ini dia telah menembak pemilik kedai runcit berusia 70 tahun, Ernest “Bo” Bowenkemp di leher selepas bertengkar mengenai anak McElroy yang dikatakan telah mencuri gula-gula.

Bo turut bernasib baik dan hidup selepas insiden tembakan tersebut dan McElroy telah dijatuhkan hukuman bersalah kerana menyerang lelaki itu. Tapi dia kemudiannya telah dibebaskan dari penjara sementara menunggu rayuan dan sempat mengugut Bo secara terbuka sambil memegang senapang.

Seorang penulis, Harry MacLean yang menulis tentang kisah McElroy ini berkata:

Dia tak ada akaun bank, tak ada nombor keselamatan sosial, tak membaca. Jadi macam mana orang yang tak berpelajaran ni boleh terlepas dari sistem undang-undang selama 20 tahun?”

Pembunuhan Ken McElroy

The Truck Belonging To Town Bully Ken Mcelroy After He Had V0 7Zhssab6Oobd1.Jpeg

Boleh dikatakan hampir semua orang di bandar Skidmore itu telah membenci Ken McElroy, tapi ada sekurang-kurangnya seorang lelaki mempunyai perkara yang baik untuk dicakapkan tentang McElroy iaitu peguamnya, Richar McFadin yang telah membela McElroy sebanyak tiga ke empat kesalahan setahun.

Dia merupakan client paling bagus yang pernah saya ada. Dia menepati masa, selalu cakap yang dia tak buat perkara tersebut, bayar secara tunai dan sentiasa memerlukan perkhidmatan saya. 

“Saya merupakan satu-satunya kawan yang dia ada dan dia akan bayar saya berapa sahaja yang saya perlukan untuk elak dari masuk ke penjara.”

Untuk penduduk di Skidmore, perbalahan dengan Bo merupakan perkara yang terakhir yang boleh diterima. Lebih dari dua dekad, McElroy telah menyusahkan orang di sana dan asyik terlepas dari hukuman.

Kami sangat marah dan kecewa kerana undang-undang selalu tak menyebelahi kami sehingga seseorang perlu ambil tindakan untuk hentikan dia. Tak ada siapa tahu apa yang kami lalui.” – Anak perempuan Bo

Disebabkan ini, orang-orang di bandar tersebut telah membuat mesyuarat dan pada 10 Julai 1981, mereka telah berkumpul dan berjumpa dengan syerif yang bertugas di sana untuk membincangkan situasi McElroy ini.

Syerif ini kemudiannya telah mencadangkan mereka untuk membuat rondaan berkala dan menahan diri dari berhadapan dengan McElroy. Tapi, penduduk-penduduk ini ada cadangan lain.

Apabila syerif ini pergi, penduduk Skidmore telah pergi ke satu kedai minuman di mana lelaki ini sedang minum pagi bersama isterinya. Tak lama kemudian, McElroy membuat keputusan untuk pergi dari kedai tersebut tapi kumpulan penduduk ini masih mengikutinya. Di luar kedai, mereka telah mengerumun trak McElroy dan mula bercakap tentang rasa tak puas hati mereka sebelum beberapa tembakan kedengaran.

Ekoran orang yang ramai, memang sukar untuk tahu siapa yang telah menembak lelaki ini. Dia telah ditembak oleh dua senjata berbeza dan meninggal dunia kerana kehilangan darah di dalam keretanya dan tak seorang pun yang membuat panggilan kecemasan untuk membantunya.

Walaupun beberapa pegawai penyiasat telah datang dan menyoal penduduk di sana untuk mendapat tahu siapa yang telah membunuh McElroy, penduduk di sana telah berhasrat untuk menyimpan rahsia ini.

Tak ada seorang pun penduduk Skidmore yang nak beritahu siapa bunuh Ken McElroy

Img 1

Menurut anak perempuan Bo, Cheryl Huston, penduduk Skidmore telah lama bertahan dengan intimidasi, kecurian dan keganasan McElroy dan dengan pembunuhan ini, mereka merasakan itu adalah satu keadilan untuk penduduk di sana.

Dah tentunya pihak berkuasa tak boleh nak menganggap pembunuhan ini sebagai keadilan, disebabkan ini, pihak polis dan FBI telah cuba untuk mencari siapa pembunuh sebenar tapi penduduk di sana tetap berdiam diri.

Sehinggakan selepas 30 tahun, pendakwa raya David Baird telah pun bersara dari jawatannya dengan kes tersebut masih tak menemui penyelesaian.

Korang boleh cakap dengan sesiapa sahaja tentang kes ini dan mereka akan berikan jawapan yang berbeza. Saya tak ada boleh dapat jawapan terhadap persoalan tersebut. Ia tak akan berlaku.”

Seorang peronda Lebuhraya Missouri, Richard Stratton mengatakan yang dia faham kenapa orang-orang di Skidmore perlu untuk menguruskan perkara ini dengan tangan mereka sendiri.

Mereka merupakan orang biasa yang bekerja keras. Mereka lakukan apa yang mereka lakukan kerana kita tak buat kerja kita. Mereka kemudiannya pulang ke rumah dan tutup mulut mereka dan terus tutup mulut mereka. David Baird tak boleh nak buat apa-apa.”

Sehingga hari ini, tak ada orang yang boleh beritahu siapa yang membunuh Ken McElroy.

Saya tahu kenapa mereka tak bercakap. Mereka semua suka McElroy mati. Bandar itu telah terlepas dari pembunuhan ini.”

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.