Isu penyakit mental depresi memang sudah tidak asing lagi pada masa kini. Ramai sebenarnya mengalami deprasi dalam keadaan mereka tidak menyedarinya.
Terbaru atlet renang lelaki yang berusia 19 tahun berasal dari Sarawak telah ditemui mati di ruang tamu rumahnya dipercayai akibat depresi.

Menurut myMetro, Aryton Lim telah ditemui mati di rumah kediaman keluarganya pada 24 oktober 2019.
Polis juga mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku dan kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurut World Of Buzz, kematian Ayrton ditemui oleh ibunya, yang baru pulang kerumah dari mengambil adiknya dari sekolah. Namun setelah pulang, dia mendapati anaknya itu tidak sedarkan diri di rumah mereka, Tabuan Laru.
Cemas dengan perkara itu, dia segera telefon ambulans, malangnya setibanya pihak perubatan remaja itu disahkan sudah meninggal.
Namun punca kematian remaja ini masih lagi dalam siasatan dan dikatakan kemungkinan salah satunya ialah akibat depresi.
Spekulasi yang mengatakan kematian remaja ini adalah disebabkan oleh depresi kerana pada sebelum ini dia ada memuat naik di Insta story miliknya mengenai mesej yang seakan akan berbaur tekanan.

Di IG post mendiang, dia ada memuat naik sebuah video terakhir pada dua hari lalu dengan menulis kepsyen diving through the week. Video itu kemudiannya menerima banyak komen-komen takziah daripada netizen.
https://www.instagram.com/p/B37IwLoH7vo/?utm_source=ig_web_button_share_sheet


Bukan itu sahaja, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut sama-sama menzahirkan rasa sedih dengan menulis ucapan takziah di laman Twitter miliknya. Menurutnya juga, kemurungan bukan perkara yang patut diremehkan.
“My sincerest of condolences to the family.”
A sad day for Malaysia’s sports fraternity. My sincerest of condolences to the family.
Kemurungan bukan perkara yang patut diremehkan. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja. We need to do better. https://t.co/XhtoIS2llm
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 24, 2019
Admin harap kalau sesiapa yang mempunyai penyakit depresi ni, tolonglah jumpa pakar yang sepatutnya. Diaorang boleh bantu.