in

“Dia dah fikir bukan-bukan…” – Isteri Hadapi Depresi Terpaksa Urus Anak Sendirian Sebab PJJ Dengan Suami

Pjj Depression

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Depresi bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Begitu juga tekanan yang dihadapi para ibu apabila menguruskan anak. Menurut seorang guru lelaki, dia berkongsi di Twitter tentang isterinya yang menghadapi tekanan hebat akibat terpaksa menguruskan anak mereka berusia 5 bulan berseorangan.

Depresi5
sumber: twitter

Katanya, dia tidak dapat bantu isterinya untuk uruskan hal anak sebab mereka PJJ, dia mengajar di daerah Kapit dekat pedalaman 3 dan jarak antara dia dan isteri lebih kurang 10-12 jam perjalanan. Bukan tidak minta pindah, tapi dah berkali-kali dan masih perlu menunggu.


Allahuakbar.. isteri dah semakin depression jaga anak sorang sorang. Dia dah fikir bukan bukan…

Disebabkan, tidak sanggup melihat isteri bersendirian tanpa dapat membantu dari segi fizikal, lelaki ini mohon jika ada sesiapa yang dapat bantu dia berpindah agar dapat tinggal bersama isteri dan anak.

Dalam conversation yang dia kongsi dekat Twitter tu pun, isterinya sendiri mengaku risau jika dia tak dapat nak kawal diri dan melakukan sesuatu yang buruk di luar kawalannya.

Depresi1

Depresi2
sumber: twitter

 

“Maaf, tak sekuat orang lain”

Dalam perbualan tu, isteri dia mengadu dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Yela dekat siapa lagi nak mengadu, mestilah suami kan…

Wanita itu juga explain satu per satu yang dia lalui setiap hari dan sebagai seorang ibu, admin bersimpati dan berharap isteri lelaki ini kuat semangat.

Semua benda dia lakukan seorang diri dari membasuh, memasak, jaga anak, mandikan dan susukan, kerja lagi. semua tekanan bagi dia seorang ?”

Depresi3

Depresi4
sumber: twitter

Ramai netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki ini serta isterinya dan ada juga yang berkongsi kisah mereka PJJ dengan pasangan. Ada juga yang risaukan isterinya dan mencadangkan wanita itu pergi ke hospital atau klinik berdekatan kerana ada kemungkinan dia mengalami post-natal depression.

Tak lupa juga yang beri nasihat agar wanita itu mendapatkan bantuan daripada keluarga serta tidak mengabaikan kesihatannya. Kalau penat, jangan paksa diri dan rehatkan badan serta minda.

Pjj
sumber: twitter

Kalau ada yang dapat bantu pasangan ni, bolehlah cuba hubungi dia dekat Twitter.

Baca: “Student Meninggal Sebab Tak Cukup Tidur Dan Stress”- Pensyarah Bersuara Lepas Pelajar Complain Jadual Padat

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.