in

Kementerian Wilayah Larang Kenderaan Berat Masuk KL Ketika Waktu Puncak, Berkuatkuasa Serta Merta

Larangan Kenderaan Berat Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melarang kemasukan kenderaan berat yang melebihi 7.5 tan daripada memasuki kawasan pusat bandar berkuatkuasa serta merta.


Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penguatkuasaan ini dipersetujui oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mencari dan menyediakan kaedah terbaik melalui cara dan tindakan bagi mengurangkan kesesakan trafik di ibu kota berkenaan.

Tambahnya lagi, sekiranya ada kenderaan berat yang berdegil dan didapati memasuki kawasan pusat bandar pada waktu puncak bakal dikenakan tindakan di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Download 1

“Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan saman mandatori dan pihak kami akan bertegas dalam hal ini selain tidak akan mempertimbangkan sebarang rayuan yang mungkin di mohon oleh pesalah”

Perkara ini diumumkan melalui satu sidang media yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah selepas beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas tersebut.

Kesesakan di Kuala Lumpur ketika ini difahamkan kerana peningkatan sebanyak 45 peratus dari jumlah kenderaan selepas kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang diberikan oleh kerajaan bermula Ogos lalu.

Menurut rekod, jumlah kenderaan yang ada di Kuala Lumpur hanyalah 26.51 juta pada Disember 2019 jika nak dibandingkan dengan jumlah kenderaan yang dicatatkan pada Disember 2021, iaitu 46.76  juta kenderaan.

Park Tepi Jalan Google Maps 010721

Dalam masa yang sama, jawatankuasa khas tersebut turut menguatkuasakan larangan meletakkan kenderaan di tepi jalan semasa waktu puncak selain dalam masa yang sama akan menghapuskan tempat parkir (di tepi jalan) secara berperingkat.

Selain itu, larangan untuk berniaga di atas jalan di Kuala Lumpur turut dilarang semasa waktu puncak dan dalam masa yang sama akan menghentikan tempat dagangan di atas jalan yang ada sekarang ini secara berperingkat.

Baca : “Daripada Bagi Tambang Percuma, Baik ‘Fix’ Masalah Pengangkutan Awam”- Netizen

Page Lrt New

Sumber: MalayMail
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.