in

“Kemenangan pertama Bossku” – Yana Najib Harap Ayah Dapat Tuntut Keadilan Bagi Kes SRC

ft yana najib rai kemenangan pertama bossku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bebas daripada pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1MDB bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Susulan itu, Nooryana Najwa Najib (Yana Najib) menzahirkan rasa syukur terhadap ‘pembebasan’ bapanya menerusi IG Story.


“Syukur Alhamdulillah! Pagi ini, DSN bebas daripada tuduhan kes pindaan laporan audit 1MDB. Kemenangan pertama bagi Bossku sepanjang tempoh masa 5 tahun. Dah lama tak melihat ayah lega dan gembira. Tears of joy!”

Difahamkan juga, hujung bulan ini, semakan penghakiman kes SRC International bakal dilakukan pada hujung bulan ini. Oleh itu, Yana Najib berharap agar keadilan berpihak kepada bapanya.

IMG 8854 1

Sebagai rekod, kali pertama Najib dan Arul Kanda didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018. Kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 14 Mac 2019.

 

Kemenangan ini bukan hanya untuk suami, tapi buat keluarga – Rosmah Mansor

Dalam pada itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor juga turut menzahirkan rasa syukur.

Menerusi Harian Metro, keputusan itu juga memulihkan semangat keluarganya untuk terus berjuang.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini adalah satu kemenangan kepada bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami.

“Datuk (Datuk Seri Najib Razak) kata rasa bersyukur, ini adalah satu kemenangan untuk dia. Insyallah.”

Jelasnya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta tadi, keputusan ini dinantikan bukan sahaja untuk Najib Razak, tapi untuk keluarga mereka juga.

Baca : [TERKINI] Najib & Arul Kanda Bebas Kes Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

arul kanda najib bebas

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.