in

Kembali Beraksi Di Kejohanan Dunia, Lee Zii Jia Nekad Tak Mahu Cedera

1lzj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, akan kembali menggegar gelanggang badminton dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Adidas Arena, Paris bermula Isnin hingga 31 Ogos ini.

Screenshot 2025 08 23 at 11.09.46 AM

Kepulangan Zii Jia ke pentas kompetitif menjadi tumpuan peminat tanah air selepas beliau berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialami sejak Jelajah Dunia Akhir Disember lalu. Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu beraksi ialah pada Mac lalu ketika menyertai Master Orleans dan All England, sebelum kecederaan memaksanya menarik diri daripada beberapa kejohanan utama termasuk Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China.


Menurut laporan Astro Awani, dalam kejohanan kali ini, Zii Jia tidak meletakkan tekanan berlebihan sebaliknya mahu menamatkan kempen tanpa sebarang masalah kecederaan bagi memastikan perjalanan baki musim berjalan lancar. Aksi pembukaannya dijadual menentang pemain ranking ke-38 dunia dari Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin.

Screenshot 2025 08 23 at 11.09.05 AM

Sebagai rekod, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu kini menghuni tangga ke-52 dunia. Namun, beliau masih mengekalkan kedudukan melalui perlindungan ranking di tempat kesembilan, sekali gus membolehkannya mendapat slot ke Kejohanan Dunia di Paris yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Baca: Kongsi Beberapa Lakaran ‘Pelik’ Di Instagram, Posting Terbaharu Lee Zii Jia Buat Ramai Risau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.