in

“Kemain senyum eh?” – Minah Rempit Buat Lagak ‘Superman’ Di Lebuh Raya Bangga Kena Saman

Minah Rempit Kena Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan wanita melakukan lagak ngeri di sebuah lebuh raya, perkara itu tular dan menerima kecaman hebat daripada netizen.


Video berdurasi 50 saat itu dikecam kerana ia bukan sahaja membahayakan para penunggang itu malah ia juga boleh menyebabkan pengguna lebuh raya yang lain berdepan dengan kemalangan.

Cats 29

Menurut laporan Berita Perak, pihak polis sebelum ini meminta sekumpulan penunggang motosikal yang bertindak menunggang secara berbahaya di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Slim River untuk tampil ke balai polis.

Jelas kenyataan itu, kesemua penunggang motosikal digesa untuk menyerah diri dengan hadir ke Balai Trafik Daerah Muallim, Slim River atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terbaru, sekumpulan wanita itu difahamkan telah pun menyerah diri kepada pihak polis namun video reaksi mereka menerima saman itu mengundang kemarahan netizen.

Kesemua wanita itu dilihat teruja dan bergelak tawa walaupun menerima banyak saman atas aksi berbahaya mereka itu.

“Kemain senyum eh?” 

Perkara itu mengundang kemarahan netizen kerana mereka dilihat seakan tidak belajar daripada kesilapan mereka sebaliknya memperkotak-katikkan undang-undang di lebuh raya.

Cats 33

Hmm, harap lepas ni takde lah kes camni…

Baca: “Tak sayang nyawa ke?” –  Minah Rempit Tunjuk Lagak Atas ‘Highway’ Buat Netizen Marah

Minah Rempit Superwoman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.