in

Keluarga Mohon Maaf Lelaki Punyai Masalah Kesihatan Mental Cuba Rogol Wanita di Tandas Shell

Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Keluarga Mohon Maaf Lelaki Punyai Masalah Kesihatan Mental Cuba Rogol Wanita di Tandas Shell
Loading
/

Seorang wanita nyaris dirogol di sebuah stesen minyak Shell kira-kira jam 11.30 pagi semalam di Machang, Kelantan. Insiden itu didedahkan oleh abang ipar mangsa yang telah memuat naik status di Facebook berhubung kejadian tersebut.


Cabul2
sumber: facebook

Menurut status itu, mangsa telah berhenti di stesen minyak berkenaan untuk ke tandas. Ketika di dalam tandas, dia menyedari salah satu tandas berkunci namun tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dan terus masuk ke bilik tandas lain yang kosong.

Tiba-tiba seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel dan kemaluannya terdedah memanjat dinding tandas dan terus melompat lalu menerkamnya yang pada ketika itu sedang mencangkung.

Wanita itu kemudian menjerit dan meronta-ronta meminta tolong sambil bergelut dengan lelaki tersebut yang mencium dan merabanya. Mangsa juga cuba menghubungi kakaknya namun telefon bimbitnya ditepis lelaki itu.

Cabul1 1
Sumber: facebook

Ketika dalam pergelutan, lelaki itu sempat meraba punggung dan buah dadanya sehinggalah jeritannya didengari seorang wanita yang kemudian meminta pertolongan orang awam di situ.

Seorang orang awam datang untuk menolong tetapi mangsa pada ketika itu sudah pun berjaya melepaskan diri daripada perogol tersebut.

Namun, suspek bagaimanapun tidak melarikan diri malah dengan selamba mengambil seluarnya yang ditinggalkan. Bukan itu sahaja, dia juga lagak seperti tidak bersalah dan menuduh mangsa memasuki tandas yang salah.

Tiada seorang pun yang mempercayainya pada ketika itu dan suspek dikepong sehingga polis tiba. Mangsa dilaporkan mengalami trauma disebabkan insiden itu sehinggakan dia berulang kali muntah dan menggigil. Kini dia dilaporkan ditahan di hospital bagi pemeriksaan.

Cabul3
sumber: facebook

Susulan insiden itu menjadi tular, salah seorang waris suspek tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan berkenaan keadaannya.

Maaf

Oku

Menurut komen itu, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental. Dia juga telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Wanita itu juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan apatah lagi menutup mukanya. Ini kerana dia memang tidak sedar dengan apa yang dilakukan.”

Apa-apa pun mari kita serahkan kes dan siasatan di tangan pihak berkuasa. Semoga mangsa pulih dari trauma secepatnya.

Baca: Lelaki Ditangkap Mencabul Kemaluan Wanita di Parkir Lot Pusat Beli Belah AEON

Aeon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.