Kisah yang admin nak kongsikan ni agak tragis dan mengerikan sama seperti artikel-artikel yang admin tulis sebelum ini.
Sedikit peringatan untuk semua, artikel ini agak panjang so diharap korang boleh spend masa baca dan hayati cerita ni AND make sure korang tak menikmati apa-apa makanan waktu baca kisah ni, kang termuntah jangan salahkan admin okey!
So jom kita mulakan!
The Candy Man sasar remaja lelaki untuk ‘puaskan nafsu’ extreme!
Kisah ini mengenai Dean Corll atau ‘The Candy Man of Houston’ yang merupakan pembunuh bersiri paling aktif di Amerika suatu ketika dahulu. Siapa sangka raut wajah kacak yang dimiliki Corll ini disebaliknya tersimpan bayang-bayang gelap yang hanya menanti mangsa untuk ‘dinikmati’.
Dikatakan mamat ni menculik dan membunuh remaja rata-ratanya lelaki di kawasan pinggir bandar dari tahun 1970 hingga 1973.
Ada yang mendakwa Corll telah membunuh 28 remaja lelaki dalam tempoh tersebut dengan memperlakukan setiap mangsa dengan kejam termasuk perlakuan seksual ekstrem menggunakan alatan yang dibuatnya sendiri sebelum menamatkan hayat kesemua mangsa-mangsanya.
**Tapi ada yang kata 27 orang, ada juga yang kata lebih daripada jumlah tersebut..Wallahualam
Selepas dia ‘puas bermain dan berseronok’ dengan mangsa-mangsanya, Corll membunuh remaja lelaki tersebut dan menanam mereka di sekitar kawasan tasik, pantai dan hutan belukar di Houston.
Untuk pengetahuan korang Corll mempunyai 2 orang pembantu yang turut serta menjayakan ‘misi’ nya sepanjang tiga tahun tersebut iaitu Wayne Henley dan Brooks.
**Bermakna Corll tak keseorangan buat jenayah ni, siap ada geng lagi
Ini fakta-fakta EKSTREM ke’brutal’an Dean Corll aka “The Candy Man” 1970-1973
1. Ilhamkan sendiri ‘The Torture Board’ untuk ‘rilekskan’ mangsa
Untuk pengetahuan korang, dikatakan yang The Torture Board atau papan penyeksaan ini dibuat sendiri oleh Corll. Mesti korang nak tau macam mana bentuk The Torture Board tu kan? Ia merupakan sekeping papan lapis (panjang 8 kaki, lebar 2 kaki). Setiap penjuru papan ditebuk kemudian di letak gari bertujuan untuk menggari mangsa.
Tak cukup dengan itu, kaki mangsa diikat dengan tali nylon supaya mereka tidak meronta-ronta dan melarikan diri. Papan penyeksaan ini disimpan di bilik penyeksaan bersekali dengan alatan lain..wehhh! bapak scary.
**Tapi pembantu Corll iaitu Wayne Henley berkata, if Corll ni suka pada seseorang remaja lelaki tu, dia akan seksa dan cabul remaja tersebut lebih lama berbanding mangsa yang lain.
Part yang paling scary, Corll ni akan main game atau trick dengan tujuan memerangkap mangsa-mangsanya. Macam mana? Dengan bantuan Wayne, Corll akan gari tangan mangsa-mangsanya tapi hanya seorang yang digari dengan gari yang betul manakala yang lain hanyalah gari olok-olok. So, siapa yang terlepas akan selamat TAPI kalau korang gagal lepaskan diri, remaja lelaki itu akan didenda dalam ‘van torture’ sebagai hukuman.
2. Sex Toys
Alatan ini digunakan sebagai ‘pemuas nafsu’ Corll ke atas mangsa-mangsanya.
Alat ini terbongkar lepas polis Houston geledah bilik penyeksaan Corll. Korang jangan terkejut sebab salah satu alat yang polis tu temui ialah Dildo sepanjang 18 inci yang diletakkan di atas kerusi..Aduhhh! Dengar nama pun dah seram, apa lah dibuatnya dengan ‘boboi’ fake tu.
3. Tujah Rod Kaca dalam dubur mangsa sampai pecah!
Rata-rata cara penyeksaan Corll ke atas mangsanya memang kejam walaupun cara yang digunakan berbeza-beza. Salah satunya dia pernah gunakan rod kaca (yang ada dalam makmal sains tu) dan mencucuk rod tersebut ke dalam dubur mangsa. Sebelum lempar ke lantai!
4. Guna Van Putih culik mangsa
Sebenarnya tak banyak sangat cerita pasal van putih ni, tapi dikatakan Corll menggunakan van putih ni untuk menculik mangsa-mangsanya serta van yang sama digunakan untuk angkut mayat-mayat mangsa yang dah dibunuh ke lokasi untuk tanam mayat tersebut..Halahh hai Croll, ape masalah mamat ni sebenarnya.
Van ni pun dikatakan telah diubah suai dengan penjuru van ditebuk bagi memudahkan untuk menggari mangsa. Selain itu dalam van tu diletakkan carpet dan tv bagi ‘keselesaan’ dia untuk berhibur dengan mangsanya sebelum mereka ‘dikerjakan’.
Nama ‘The Candy Man’ tu diperoleh sebab dia akan umpan mangsa-mangsanya dengan gula-gula serta game sebelum mereka diculik dan dibunuh.
5. Sumbat mangsa dalam kotak sebelum ditanam
Pihak polis juga menjumpai satu kotak besar (dikatakan kecil sedikit dari keranda) sewaktu menggeledah lokasi kejadian. Di bahagian sisi kotak, di buat tingkap mini dan menurut pembantu Corll, kotak tersebut diguna untuk menyimpan mangsa-mangsanya.
Malah polis juga menjangkakan yang mungkin ada mangsa yang diangkut dalam kotak dalam keadaan bernyawa sebelum ditanam hidup-hidup..Haihh ni kejam sangat!
**Tapi ada juga yang mengatakan Corll lebih suka mencekik mangsanya dan melemaskan mereka dalam air hingga lemas sebelum ditanam.
6. Buat ‘Party’ untuk perangkap mangsa
Disebabkan rata-rata mangsa Corll ini merupakan remaja lelaki, maka Corll menarik perhatian mereka dengan menganjurkan ‘parti’ yang grand malah turut disertakan makanan ringan seperti snack, gula-gula, coklat dan makanan-makanan lain yang dirasakan mampu mengumpan mangsa-mangsanya yang rata-rata berusia 12-14 tahun.
Tapi tak semua dibunuh waktu itu sebaliknya Corll menunggu sehingga mereka meningkat usia antara 15-17 tahun sebelum membuat lagi parti dan memulakan ‘operasi’ nya itu.
**Jom kita berkenalan dengan Corll dan mangsa-mangsanya.
7. Corll menjadi BRUTAL bila emosinya tak stabil
Kalau korang nak tau Corll ni ada satu perangai yang mengerikan iaitu dia mudah berubah watak bila emosinya tak stabil atau lebih tepatnya dalam keadaan marah.
Pernah sekali salah seorang mangsa menangis dan menjerit-jerit minta dilepaskan. Corll yang dah tak boleh tahan dengan situasi tersebut bertindak memotong alat sulit remaja tu dan simpan dalam plastik. Ini terbukti bila polis jumpa badan mayat ditanam berasingan dengan zakarnya.
**Tapi pembantunya kata Corll pernah ke tahap gigit zakar mangsanya sampai putus sebab dah terlalu marah.
Bukan itu sahaja, lebih extreme lagi bila Corll menembak muka mangsanya hingga berkecai rahang gigi remaja terbabit, remaja lain ditembak dadanya sehingga hancur. Bagi Corll melihat darah segar yang mengalir itu menjadikannya puas.
8. Croll suka lihat mangsa ‘menjerit’ sewaktu didera secara seksual termasuk tarik bulu kemaluan mangsa guna jari
Ini merupakan salah satu cara kejam yang dilakukan Croll tetapi membuatkannya puas sepuas-puasnya.
Dikatakan sebelum dia mencabul, liwat dan bunuh mangsanya, Croll akan ikat kaki dan tangan mereka sebelum pakaian mangsa-mangsanya dikoyakkan (mangsa dibogelkan). Selepas itu dia akan mencabut bulu-bulu kemaluan mangsa dengan menggunakan jari. Waktu itu mesti mangsa menjerit kesakitan kan? So itulah kepuasan bagi Croll! Lagi menderita mangsa-mangsanya, lagi puas Croll rasa..Fuhh! menggeletar baca.
Malah rata-rata mayat mangsa yang ditemui sewaktu kerja gali mayat, akan terlihat kesan calar, torehan dan parut lain.
Tapi dikatakan Croll tak sempat dihukum oleh mahkamah kerana dia ditembak mati oleh pembantunya, Wayne Henley.
Manakalan kedua-dua pembantunya iaitu Wayne dan Brooks dijatuhi hukuman penjara.
Dengan itu berakhirlah riwayat Croll yang super kejam ke atas semua mangsa-mangsanya itu.