in

Noda Remaja Di Hospital, Pesakit Dialisis Berusia 60 Tahun Dipenjara 3 Tahun

Pesakit Dialisis Amang Seksual Di Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pesakit dialisis dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pesakit remaja perempuan yang dirawat di zon hijau sebuah hospital di Kuala Pilah pada Januari lalu.

Menurut laporan, Hakim Mahkamah Sesyen Seremban mengarahkan tertuduh, Zulkefli Abdul Rani yang berusia 60 tahun menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dituduh pada 16 April lalu.


Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap kanak-kanak berusia 16 tahun kira-kira pukul 4 petang di sebuah hospital kerajaan di Kuala Pilah pada 30 Januari lalu.

Artikel berkaitan: Polis Tangkap Lelaki Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Anjing

Artikel berkaitan: Tentera Wanita Dipenjara 7 Tahun Lepas Mengaku Bersalah Amang S*ksual Anak Lelaki Sendiri

Whatsapp Image 2026 04 20 At 3.27.37 Pm

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.

“Dengan mengambil kira tertuduh adalah pesakit buah pinggang yang sedang menjalani dialisis dan mempunyai masalah kesihatan lain seperti patah kaki, mahkamah memberi pertimbangan supaya tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dari tarikh 16 April 2026 (tarikh tuduh),” kata Hakim Datin Surita Budin.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaid memaklumkan tertuduh tidak membayar jaminan sebanyak RM5,500 yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dan proses ke hospital untuk dialisis diuruskan pihak penjara.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.