in

[KEJAM] “Orang lain sibuk pasal Covid-19, kau sibuk buang ayah sendiri”

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang negara kita sibuk dengan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan, ada berita kurang enak yang dilaporkan di laman Facebook apabila polis rondaan dilaporkan telah menemui seorang warga emas yang terbiar di bahu jalan Kota Kemuning, Selangor.


SelangorKota Kemuning Anggota Polis yg menjalankan tugas meronda Perintah sekatan Perjalanan terhad, terjumpa…

Posted by Aman Shah II on Thursday, March 19, 2020

Menurut status yang dimuat naik oleh Aman Shah II, pihak polis yang membuat rondaan Perintah Kawalan Pergerakan terkejut apabila menemui seorang warga emas terbaring di tepi jalan. Menurut kenyataan tersebut, warga emas tersebut turut mengalami stroke.

1 14

3 15

Selepas diperiksa, pihak polis telah menemui ubat yang dikatakan adalah ubat stroke oleh warga emas tersebut. Namun, setelah diselidik oleh pegawai perubatan, rupa-rupanya ubat tersebut adalah ubat tidur dan bukannya ubat stroke seperti yang dinyatakan.

4 9

Kini warga emas tersebut dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Terima kasih abang polis!

Post yang dimuat naik oleh Aman Shah II ini tular di laman Facebook dan mendapat reaksi marah netizen yang kurang senang dengan kejadian ini.

“Tiada lagi sifat kasih sayang”

A 4

“Bapa aku pun kena stroke…”

B 1

“Anjing yang kita pelihara lebih bagus”

C 2

Diharapkan warga emas ini bukanlah ditinggalkan oleh anak sendiri seperti yang dilaporkan. Kadang-kadang ada juga warga emas yang nyanyuk dan suka lari daripada rumah sendiri. Semoga semuanya selamat sahaja!

 

BACA: “I’m Speechless” – Dr. Amalina Kecewa Menteri Kesihatan Seolah-Olah Tidak Tahu Berkenaan Covid-19

Cats 14

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.