in

Kedai Makanan Laut Tular Yang Kenakan Harga Terlalu Mahal Kepada Ekin Mawi Telah Dikompaun RM1.5K

F3 Kedai Makanan Laut Viral Harga Mahal Dikompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lalu, tular di media sosial tentang sebuah kedai makanan laut di Tepian Tebrau, Johor Bharu yang mengenakan caj harga makanan yang terlalu mahal kepada pelanggan mereka. Salah satu mangsanya ialah selebriti terkenal, Ekin Mawi.

Memetik laporan Astro AWANI, kedai makanan laut itu telah pun dikompaun sebanyak RM1,500 oleh Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.


6 1

Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Mneteri KPDN iaitu Fuziah Salleh kepada media ketika acara perasmian Karnival Rahmah Kasih Sayang di Pasir Gudang.

Difahamkan, kompaun sebanyak RM1,500 itu dikenakan kepada peniaga kedai terbabit keranan tiada tanda harga diletakkan dan pencatutan atau penjualan barangan dengan harga yang tidak munasabah.

Artikel Berkaitan: Tular Harga Makanan Melampau, KPDN Pantau & Beri Notis Kepada Restoran ‘Seafood’

Artikel Berkaitan: “Datang 20 orang” – Dituduh Caj Makanan Mahal, Pemilik Restoran Seafood Beri Penjelasan

Menurut Fuziah juga, kompaun itu dikenakan sebagai pengajaran kepada peniaga agar lebih telus dalam berniaga.

Dalam masa yang sama, pembeli atau pelanggan juga seharusnya mengetahui harga setiap barangan yang dimahukan sebelum dibeli.

Beliau turut berkata bahawa pelanggan berhak untuk mengetahui harga setiap barangan sebelum mereka memutuskan untuk membeli sesuatu barangan atau makanan.

Untuk rekod, bulan Oktober lalu, Ekin Mawi telah berkongsi di media sosial tentang harga makanan laut yang tidak masuk akal di sebuah kedai makan di Tepian Tebrau yang mencecah RM1,260 untuk makanan yang dipesan olehnya dan keluarga.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.