in

Kecoh Kes Sambal Nyet Kena ‘Ciplak’, Ini Perkara Korang Kena Tahu Pasal ‘Copyright’

cats 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial mengenai produk Sambal Nyet kepunyaan seorang influencer terkenal, Khairul Aming yang ditiru oleh orang lain. Dah tentu, benda ni berkaitan dengan hak milik atau lebih dikenali sebagai copyright dalam dunia perniagaan.

Memang tak dapat dinafikan, copyright ni merupakan benda terpenting bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan. Tapi sebelum tu, korang tahu tak apa maksud copyright ni? Kalau nak tahu, korang baca artikel ni sampai habis.


Apa itu hak cipta?

b4

Hak cipta adalah sebahagian dari harta intelek yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran seperti muzik, penulisan, dan frasa di mana ia membenarkan seseorang untuk mempunyai hak-hak eksklusif tertentu terhadap sesuatu karya yang diakui di bawah bidang undang-undang.

Ia mempunyai enam cabang termasuklah hak cipta, paten, tanda dagangan, hak pelaku, hak pangkalan data dan hak reka bentuk.

b3 2

Copyright pula ialah satu set hak istimewa yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan karya kreatif seperti idea dan maklumat di mana dalam kebanyakan kes, hak-hak tersebut hanyalah untuk tempoh yang terhad. Ia juga termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987.

Antara karya yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia ialah:

  1. Karya sastera (novel, buku dan artikel)
  2. Karya muzik (lagu)
  3. Karya seni (kerja grafik dan fotografi)
  4. Filem (imej visual, kerja perfileman)
  5. Rakaman bunyi (penetapan urutan bunyi yang dihasilkan)
  6. Siaran (TV, media)
  7. Karya terbitan (terjemahan, adaptasi)

Walau bagaimanapun, korang kena ingat yang sebarang idea yang dicetuskan sendiri masih bebas diambil atau dibuat oleh orang lain jika korang tak letakkan hak cipta dalam karya atau produk yang korang buat. Apa yang bahayanya, kalau orang lain dah guna idea korang, secara undang-undangnya korang tak boleh saman atau ambil apa-apa tindakan terhadapnya.

Jadi, kalau tak nak idea korang kena curi, korang cepat-cepat pergi daftarkan hak milik karya korang tu dengan ikut prosedur yang disediakan dalam laman web MyIPO ni.

Bila korang dah berjaya selesaikan semua proses tu, korang akan nikmati tiga hak eksklusif terhadap karya korang ni:

1. Hak undang-undang

Hak ni membenarkan pemilik karya untuk ambil tindakan undang-undang sama ada dengan tindakan sivil atau jenayah jika terdapat pelanggaran hak cipta yang dilakukan.

2. Hak ekonomi

Bahasa mudahnya, ia berkaitan dengan hak yang mendatangkan pendapatan seperti hak pengeluaran semula, hak pengedaran dan sewa komersial. Ia juga termasuk hak untuk dapatkan ganjaran wang daripada penggunaan kerja melalui tugasan, pelesenan dan pelupusan wasiat.

3. Hak moral

Secara amnya, hak ni membolehkan pemilik karya untuk dikenal pasti sebagai pengarang karya dan menghalang pengguna lain dari mengubahsuai karya asal dengan ketara tanpa persetujuan  sehingga dapat menjejaskan kehormatan atau reputasi pengarang.

Artikel berkaitan: “Ada 8 tuntutan disenaraikan” – Isu Sambal Nyet Ciplak, Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan

Artikel berkaitan: “Tiru sebijik” – Sambal Nyet Kena Plagiat, Netizen Nasihat Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang

Isu Copyright Khairul Aming

khairul aming sambal nyet malaysia sales rm33mil 001

Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai seseorang yang menciplak produk sambal influencer ni yang memang terkenal dalam kalangan orang Malaysia.

Apa yang tak boleh brain-nya, packaging, botol dan label produk tiruan tu hampir sama dengan yang asal sehinggakan ramai pelanggan yang tersalah beli produk tersebut.

Disebabkan tu, Khairul Aming mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku tersebut dengan mengemukakan lapan surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.

Katanya lagi, produk Sambal Nyet tu telah pun didaftarkan tanda dagangan di MyIPO dan dah diluluskan pada 2 November 2021.

Disebabkan isu ni, ramai pengguna media sosial mula mengulas tindakan yang boleh diambil ke atas peniru tersebut. Menurut seorang pengguna Facebook, Khairul Aming boleh mengambil tindakan atas pelanggaran hak cipta.

b5

Moga bisnes Sambal Nyet Khairul Aming kekal maju dan selamat daripada peniruan pihak lain yang tak bertanggungjawab.

Sumber: Berita Harian, IP Gennesis, Facebook

 

Sumber: IP Gennesis
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.