Baru-baru ini, dunia perubatan dunia berjaya melakukan satu pembedahan untuk memindahkan organ yang dikenali sebagai Xenotransplantation yang telah berjaya dilakukan pada September lalu dan melibatkan pemindahan buah pinggang khinzir kepada mayat manusia untuk tujuan kajian.
Difahamkan, proses pemindahan organ tersebut dilihat berjaya apabila ia berjaya menjalankan fungsi yang sepatutnya iaitu menyingkirkan bahan kumuh dan menghasilkan air kencing.
Selepas berita berkenaan sampai ke Malaysia, ia secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai terutamanya yang beragama Islam kerana ianya menggunakan organ daripada khinzir.
Hukum Menggunakan Ginjal Khinzir Menurut Islam
Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat majoriti yang beragama Islam, pastinya timbul kerisauan bersangkutan dengan hukum penggunaan organ haiwan berkenaan kepada manusia terutama dari aspek hukum.
Tampil menjawab isu berkenaan, bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa perkara itu adalah dibenarkan, terutamanya dalam situasi darurat dan jika tiada alternatif lain yang lebih sesuai.
Menerusi artikel penulisan Dr. Zulkifli, beliau menjelaskan perkara tersebut dari segi asasnya sekiranya melibatkan pemindahan antara haiwan kepada manusia adalah haram untuk menggunakan najis untuk berubat sekiranya ada bahan yang suci.
“Bahan najis boleh digunakan jika ia adalah keperluan yang mendesak dan tidak ada bahan yang suci yang boleh digunakan”
Selain itu, beliau juga berpendapat supaya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut tampil dan mengeluarkan pandangan mereka terhadap isu ini.
Kajian seperti ini tambahnya lagi merupakan perkara yang penting bagi menyelesaikan masalah yang kritikan selain ianya terkait dengan rawatan dan perubatan.
Baca : Fahami Xenotransplantation, Pemindahan Organ Dari Khinzir Kepada Manusia