in

Fahami Xenotransplantation, Pemindahan Organ Dari Khinzir Kepada Manusia

2Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar bedah pemindahan organ telah berjaya melakukan satu pemindahan organ yang dikenali sebagai Xenotransplantation. Xenotransplantation ini berlaku pada September 2021 yang melibatkan pemindahan buah pinggang khinzir kepada mayat manusia untuk tujuan kajian. Screenshot 2021 10 24 At 3.01.27 Pm

 

Pembedahan Xenotransplantation

Pembedahan ini dilakukan bagi mengkaji penerimaan badan manusia terhadap organ dari khinzir. Selepas pembedahan yang bermula pada Oktober 2019 berjaya, sekumpulan pakar bedah telah memantau penerimaan badan manusia itu selama 54 jam dari sudut fungsi organ tersebut.


Ketua pakar bedah, Dr. Robert Montgomery memberitahu The Indian Express, buah pinggang dari khinzir itu berfungsi dan menghasilkan jumlah urine yang banyak dalam tempoh beberapa minit selepas dihubungkan dengan salur darah pada badan manusia. Beliau turut menambah, bacaan creatinine yang dinyah dari darah oleh buah pinggang khinzir itu menurun dari 1.9 ke 0.8. Ini jelas menunjukkan yang buah pinggang itu berfungsi dengan baik.

Screenshot 2021 10 24 At 2.58.55 Pm

Jika kajian ini berjaya dalam jangka masa yang panjang Xenotransplantation atau pemindahan organ dari spesis lain ke spesis lain boleh memberikan alternatif dan tawaran tambahan organ kepada manusia yang memerlukan rawatan segera.

 

Adakah buah pinggang itu ditanam dalam tubuh manusia?

Jawapan untuk persoalan itu adalah tidak. Buah pinggang itu disambung menerusi pembuluh dan saluran darah di bahagian luar peha penerima dan ianya dilindung untuk pemantauan.

Dr. Montgomery menjelaskan keadaan buah pinggan khinzir itu sewaktu pemantauan mereka. Organ tersebut kekal berwarna merah jambu dan berfungsi sepanjang 54 jam pemantauan kajian mereka. Sample cell turut diambil setiap 12 jam dan dilihat dibawah mikroskop. Hasil pemerhatian dibawah mikroskop mendapati tiada bukti penolakan dari tubuh manusia dan tiada indikasi antibodi berbahaya dari darah manusia menyerang organ tersebut.

Screenshot 2021 10 24 At 3.02.55 Pm

Dr. Montgomery turut berkata kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan dalam tempoh yang lebih lama bagi memahami sepenuhnya kesesuaian dan penerima badan manusia. Walaubagaimanapun, beliau yakin Xenotransplantation melibatkan buah pinggang khinzir kepada manusia akan berjaya dalam tempoh beberapa tahun lagi. Untuk organ-organ lain seperti jantung, paru-paru dan hati dari khinzir kepada manusia, beliau menjangkakan akan berjaya dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

 

Baca: Organ Dalaman Babi Dibaling Dalam Dewan, Parlimen Taiwan Bertukar Jadi Medan Perang

Screenshot 2021 10 24 At 2.57.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.