Biasiswa secara amnya ialah sejenis bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti.
Baru-baru ini, bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi khabar gembira yang menyatakan anak lelakinya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Jordan.
Anakanda Abdul Syakur telah pun melangkah ke fasa baharu kehidupannya. Abah dan mak berbangga dengan kejayaanmu yang cemerlang dalam SPM (7A+ 1A) di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.
Semoga permusafiran ilmu ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, membuka 1001 ruang… pic.twitter.com/LsmBhGUA0j
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 21, 2023
Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Dedah 6 Masalah Utama Dibuat Matty Healy, Kesal Maruah Negara Dihina
Artikel berkaitan: Isu Wanita Cari Bakal Suami Tak ‘Homophobic’, Dr Zul Beri Penjelasan Dari Sudut Agama
Dalam ciapannya di X, difahamkan anaknya itu akan menyambung pengajian dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, anaknya itu mendapat tajaan biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pun begitu, berita gembiranya itu menimbulkan persoalan ramai kerana Dr. Zulkifli merupakan bekas menteri serta senator, apabila anaknya itu mendapat tajaan sebegitu ianya seakan tidak adil buat mereka yang betul-betul memerlukan.
Namun, Dr. Zulkifli ada menerangkan mengapa anaknya itu dapat biasiswa tersebut sekaligus menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan perkara itu.
Beliau memberitahu, terdapat satu kategori asnaf (orang Islam yang layak terima zakat) yang dinamakan asnaf fi sabilillah yang layak untuk mendapat bantuan jika mereka sedang dalam usaha yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
Dr Zulkifli juga menjelaskan biasiswa yang diterima oleh anaknya itu bukanlah biasiswa tajaan biasa sebaliknya ia adalah biasiswa zakat.