in

Kecoh Isu Ebit Lew Mungkir Janji, Caprice Minta Netizen Belajar Dari Mondy

Caprice Minta Contohi Mondy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan sejak malam tadi mengenai seorang wanita yang mendakwa Ebit Lew telah mungkir janji kepadanya dan keluarga untuk membayar duit sewa rumah serta bil api dan air sehingga mereka dihalau keluar rumah.


Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen sehingga ada yang menyampaikannya kepada rapper terkemuka, Caprice untuk memberi sepatah dua kata mengenai isu itu.

“Kena belajar dari Mondy” 

Caprice menerusi IG Reels terbaharunya mengatakan bahawa dalam isu ini dia harus menjadi adil untuk memberi komen dan meminta pengadu yang mendakwa dimungkiri janji untuk berusaha keras demi menampung kehidupan sendiri.

Apa-apa ustaz tu janji dengan gelandangan ini, it’s between you and him.

Bagaimanapun, apa yang Cap nak sampaikan ni, kalau hang masih boleh jalan, hang masih ada tangan, hang masih boleh baca, hang sempat lagi main Facebook, apa kata hang cuba cari kerja dan jangan hanya bergantung dengan bantuan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Malah tambah Caprice lagi, kita semua patut belajar dari Mondy yang juga dahulunya seorang gelandangan, namun selepas dibantu oleh Ebit, wanita itu kini katanya sudah boleh membuka kedai tatu. Fuh biar betul? 

Kita semua kena belajar dengan Mondy. Jumpa di tepi jalan, tak ada rumah, jual sambal, dan akhirnya dia sendiri berdikari buka kedai tatu. 

“Ini namanya bijak. Faham tak faham? Insya-Allah,” katanya lagi.

Perkongsian berkenaan disokong oleh rata-rata netizen yang berpendapat seseorang itu haruslah berusaha demi mendapatkan rezeki yang halal dan tidak saja mengharapkan bantuan orang.

Pun begitu ramai juga yang terkejut dengan kata-kata Caprice di hujung video yang mendakwa Mondy rupanya sudah membuka kedai tatu di Indonesia. Uish macam pelik je… 

Mondy Tattoo

Apa-apapun harapnya dakwaan tentang Mondy itu tak benarlah. Melukis tatu haram disisi agama. 

Baca: “Sekarang keluarga saya gelandangan” – Dihalau Dari Rumah Sewa, Wanita Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji?

Ebit Lew Mungkir Janji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.