in

Kecewa Selepas Putus Hubungan, Lelaki Ini Buat Keputusan Untuk Berkahwin Dengan Patung Silikon

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua bernasib baik dalam percintaan. Sudah pasti anda tidak mahu dikecewakan atau ditinggalkan oleh pasangan. Hanya mereka yang alami sahaja tahu betapa sakitnya hati dikecewakan dan gagal dalam bercinta.


Pelbagai kesan diterima oleh orang sebegini. Ada yang susah nak move on, ada yang jumpa pengganti yang lebih baik atau terus berkahwin dengan wanita yang dijumpai seterusnya.

Namun, sangat pelik kes lelaki ini. Selepas kecewa putus cinta, beliau berputus asa untuk bercinta lagi dan membuat keputusan untuk berkahwin…dengan patung silikon. KAHWIN DENGAN PATUNG SILIKON! Tak boleh pelik lagi ke dorang ni?

Dave

Dave4

Davecat, 43 tahun bekerja sebagai pegawai profesional kemasukan data di pinggir bandar Detroit. Beliau tinggal di kawasan itu sejak lahir namun berhasrat untuk pindah ke Toronto suatu hari nanti.

Pernah menjalinkan hubungan beberapa kali dan kali terakhir paling memberi kesan padanya selepas hubungan bersama bekas teman wanitanya itu tidak berkekalan. Semenjak itu, Dave putus asa untuk bercinta lagi dengan wanita asli dan membuat keputusan untuk bercinta dan berkahwin dengan patung silikon selepas dicadangkan oleh seorang kawan.

Memang pelik, namun Dave kini bukan sahaja tinggal bersama ‘isterinya’, Sidore Kuroneko tetapi juga bersama wanita simpanannya yang juga patung silikon, Elena Vostrikova. Menurut Dave, mereka bertiga kini hidup bahagia dan berkongsi katil di sebuah apatmen kecil miliknya di Michigan.

Dave3

Dave8
Elena (kiri) bersama isteri dave, sidore

Mengaku meminati patung sejak kecil lagi, Dave berkata beliau mahukan enam patung silikon dan berhasrat untuk membeli lagi di masa akan datang. Mengimbas kembali detik pertemuan bersama Sidore, Dave berkata beliau menjumpai isterinya itu di sebuah kelab gothic pada tahun 2000 dan semenjak itu beliau mengumpul pendapatannya selama satu tahun setengah untuk membeli Sidore dengan kos sebanyak 6,000 US Dolar. 

[sociallocker id=1666]

Dua tahun kemudian, pada tahun 2012 Dave membeli Elena pada harga yang sama. Menurutnya, Elena menonton sebuah rancangan dokumentari di televisyen dan berpindah ke Michigan dari Russia untuk bersama dengannya. Oh ya, kisah Dave ini  pernah dipaparkan dalam satu episod sebuah rancangan dokumentari berjudul My Strange Addiction

*Cerita tersebut jelas sekali hanya rekaan Dave semata-mata

Sidore
Sidore kuroneko
Elena
Elena vostrikova

A1

[/sociallocker]

A2

Menurut Dave, tujuan beliau membeli Elena adalah untuk menemani isterinya, Sidore di rumah ketika beliau keluar bekerja. Selain berhasrat untuk mempunyai enam patung silikon, Dave juga menyimpan impian untuk membeli patung silikon di setiap syarikat yang menghasilkan patung itu.

“Mereka (patung silikon) tidak menipu, tidak menghakimi atau terasa hati. Mereka sentiasa acuh dengan kata-kata saya dan ia sentiasa menyenangkan apabila melihat mereka setiap kali saya pulang ke rumah selepas seharian bekerja.” 

Dave turut membuat akaun Facebook untuk isterinya, Sidore Kuroneko.

Fb

Elena Dan Sidore Di Ruang Tamu Menanti Kepulangan Dave Dari Pejabat
Elena dan sidore di ruang tamu menanti kepulangan dave dari pejabat

Dave0

Ditanya bagaimana penerimaan kedua ibu bapa dan rakan-rakan tentang hubungannya ini, Dave menjawab:

“Rakan-rakan saya rata-ratanya sukakan perkara yang aneh jadi mereka memahami dan cool. Ibu pula, meskipun beliau berhasrat untuk memiliki cucu pada suatu hari nanti namun beliau okay sahaja dengan kehidupan saya seperti ini sekarang. Ayah pula tidak pernah mahu bercakap tentang ini. Jika berjumpa, dia tidak mahu bercakap tentang Sidore mahupun Elena. Dia cuma berharap saya jalani kehidupan biasa seperti orang lain”

Memang tak lah ayah dia nak suka kannn! Tak sangka wujud manusia pelik seperti Dave di zaman penuh teknologi canggih sekarang ni.

Walaupun telah berjumpa beberapa pakar psikologi, Dave tetap dengan kehidupannya sebegini kerana menurut beliau hidupnya bahagia dan berasa selamat ditemani patung silikon tersebut. Mana tak nya, mereka sudah ‘berkongsi’ hidup selama lebih 10 tahun. 

Dave7

Dave9

Dave5

A3

Kisah Dave ini mengingatkan saya kepada cerita lakonan Ryan Gosling yang menjalinkan hubungan bersama patung plastik dalam filem Lars and The Real Girl.

La1

La2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.