in

“Kecam aku sudahlah” – Ajak Shiro Nak Bagi RM 500 Kalau Ada Orang Dapat Jumpa Netizen Biadap Ni Tapi…

Ajak3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, penyampai radio dan pengacara Ajak Shiro akan menghadiahkan RM 500 kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti identiti individu biadap ini.


Tawaran itu dibuat kerana individu tersebut telah meninggalkan komen biadap dengan kata-kata kesat ketika Ajak memuat naik videonya bersama anaknya pada Selasa lepas, lapor mStar.

 

Kecam aku sudah lah

https://www.instagram.com/p/B2yPY7uhNch/

Bengang dengan komen biadap tersebut, Ajak memuat naik foto akaun individu melalui posting di Instagram.

Bukannya apa, sebagai seorang bapa sudah semestinya Ajak tidak boleh terima bila anaknya dilemparkan dengan kata-kata kesat tersebut.

Baginya dia tak kisah kalau dirinya dikecam, tapi tak perlu heret anaknya dalam hal ini.

Video tersebut terpaksa dipadamkan bagi mengelak lebih banyak lebih komen negatif susulan dengan perbuatan keterlaluan individu tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, Ajak memuat naik video permohonan maaf kerana bersikap terburu-buru ketika marah.

Ajak juga telah memaafkan individu tersebut.

 

Lain kali jaga bahasa”

Isu pun dah selesai, individu tu pun pakai fake account.  Jadi memang mustahil lah kalau nak dapat kesan. Sebagai netizen, jaga lah bahasa tu kalau nak kecam sekalipun.

 

Baca :“Ella je boleh gedik and manja macam ni” – Netizen Geli Hati Tengok Ella ‘Tergedik’ Bagi Award Pada Syafiq Kyle

Ella

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.