in

Kebakaran Di Midvalley Tiada Unsur Khianat, Berpunca Dari Minyak Penyejuk Kabel Terlampau Panas

Kebakaran Mid Valley 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall yang berlaku pagi tadi dipercayai akibat minyak penyejuk kabel di dalam pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.

Kata pihak bomba, minyak terbabit bersifat bukan mudah terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius yang digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.


“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya.

Kl01 17052023 Mid Valley Terbakar 3169934 20230517153410

Tiada unsur khianat dikesan

Difahamkan, hanya satu pencawang utama TNB yang terbakar di bangunan Mid Valley manakala tiga lagi tidak terjejas. Setiap pencawang itu pula mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan itu.

Sementara itu, pihak polis mengatakan siasatan awal mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu, lapor Berita Harian.

“Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya.

Polis turut memaklumkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley, manakala kawasan dalam radius 10 km tidak terjejas.

Dalam pada itu, pusat beli-belah terbabit telah ditutup hari ini sehingga diberitahu kelak untuk penilaian kerosakan susulan kebakaran itu.

Baca: Kes Kebakaran Di Mid Valley, Bomba Sahkan Berpunca Dari Bilik Pencawang TNB
Kebakaran Mid Valley

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.