in

KDrama Terbaru Lakonan Suzy Ini Dikecam Sebab Watak Hero Utama Adalah ‘Iblis’?

nama iblis kdrama suzy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat drama Korea mesti excited nak tengok drama terbaru lakonan Kim Woo Bin dan Suzy tak lama lagi, kan?

Genie, Make A Wish, kdrama bersiri terbitan Netflix yang bakal ditayangkan pada Oktober ini sedang mendapat perhatian netizen. Ia susulan tularnya trailer pendek drama itu yang dikatakan tidak sensitif dengan agama Islam.


Dalam video berkenaan, dapat dilihat watak Genie (lakonan Kim Woo Bin) yang terjaga dari pelita dan harus menunaikan tiga permintaan yang bakal merubah hidup watak utama, Ka Young (Suzy).

@netflixkr

“Remember this. I will seek you out.” Fantasy rom-com series <Genie, Make a Wish> is coming October 3, only on Netflix. #다이루어질지니 #GenieMakeAWish #Kdrama #KimWoobin #Suzy

♬ original sound – Netflix Korea – Netflix Korea

Artikel berkaitan: Viral Tentang Ura-Ura Park Seo Joon Bakal ‘Join’ Captain Marvel 2, Peminat KDrama Excited!

Artikel berkaitan: Pelakon Utama KDrama ‘Hometown Cha Cha Cha’ Buat Permohonan Maaf Terlibat Isu Gugurkan Kandungan GF

Namun di akhir trailer itu, Genie dilihat memperkenalkan dirinya sebagai Iblis, yang mana ia mengejutkan para peminat antarabangsa drama Korea berkenaan.

Di dalam Islam, Iblis adalah daripada golongan jin yang derhaka kepada Allah SWT. Ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dijadikan watak utama kerana ia mendorong penonton untuk ‘menyukai’ watak negatif itu.

@yourloveinter3st

They actually could’ve gone with anythingggggggg the games actually gone left #kdrama #muslimtiktok #somalitiktok #foryoupage #kimwoobin

♬ Sybau – KCK Mixes

iblisss

Tak cukup dengan itu juga, ada di kalangan netizen mengatakan drama itu menggunakan beberapa elemen Islam di dalamnya seperti menyebut manusia diperbuat daripada tanah dan sebagainya.

Sumber: TikTok, Koreaboo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.