in

“Kau tu dahlah artis sendu!” – Fathia Latiff Buat Hal Lagi, Kali Ni Tegur Kening Gadis Tak Dikenali Hodoh

Kening Punya Pasal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu viral tentang kisah buka tudung dan berperangai pelik, kali ini nama Fathia Latiff kembali menjadi sebutan lepas dia dikatakan telah bersikap biadap dengan seorang gadis yang tidak dikenali.


Menerusi perkongsian seorang gadis di Twitter, Fathia Latiff yang telah berkunjung ke Mid Valley baru-baru ni dikatakan telah menegur kening seorang gadis ‘serabut’ yang menyebabkan gadis tersebut naik angin. Aik tak ada angin tak ada ribut… saja cari pasal ke?

 

“Weii Fathia Latiff kau tu dah la artis sendu. Tak payah la nak acah berlagak artis. Mujur aku tak lempang muka kau” 

Menurut gadis yang dikenali sebagai Syilala, kejadian ni bermula apabila Fathia bersama seorang rakan telah bertanya dengannya di mana terletaknya kedai Lovisa di Mid Valley.

Tak habis si Syilala ni explain kat mana Lovisa berada, Fathia menyampuk dengan berkata, “Eh you better betulkan kening you. Serabut.” Ops! Bab-bab muka orang ni eloklah tak payah tegur ye. 

Aik
sumber: twitter

 

“Lepas tu dia marah kawan aku kenapa tak tegur kening aku bersepah. Eh eh eh” 

Eh Kau
sumber: twitter

 

“So kat sini nak bagi tau bukan sebab kau artis kau boleh sewenang nang nang nya nak to be rude to people” 

Gila 1
sumber: twitter

 

“Rasanya dia tu macam tak berapa sihat lah. Usah dilayan” 

Rata-rata netizen pun tak boleh hadam sikap yang ditonjolkan Fathia ni. Malah kening yang dikatakan serabut tu pun, ramai yang cakap nampak biasa je. Apa-apapun ramai yang nasihatkan supaya gadis tu tak payahlah layan sangat sikap Fathia yang macam kurang sihat tu.

Pelik
sumber: twitter

Bagi min, maafkan jelah si Fathia tu. Mungkin dia pun tak sedar perangai dia macam tu kan? 

Baca: “Sap gam ke kak?” – Netizen Terkejut Fathia Latiff Sudah Berubah Imej, Muat Naik Gambar Berambut Pendek Di Instagram!

Fatiya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.