in

“Kau siapa eh? Nak tumpang popularity aku ke apa?-Kak KM ‘Mangamuk’ Dikata Cari Duit Tak Berkat?

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak seorang pelakon veteran, Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, dikatakan ‘mengamuk’ selepas seorang pendakwah selebriti berkali-kali menegurnya secara terbuka. Menerusi laman Instagram, pendakwah tersebut telah membalas komen seorang netizen yang sering memintanya untuk mengulas komen isu Kak KM ini.


 

Tak cukup dengan tu, beliau sentuh juga isu perniagaan Kak KM dengan mengeluarkan statement bahawa rezeki tak berkat kalau berniaga dengan cara dosa. Ini yang buat Kak KM ‘panas’!

Dddfgfde 1

“Kak KM bukan jual benda haram!” katanya. Dalam tengah ‘panas’ tu dia tambah lagi komennya dengan menyuruh pendakwah tersebut untuk tak ambil kerja Tuhan dan boleh je tegur secara personal tanpa memalukan sesiapa.

“Kau siapa eh? Kau nak tumpang populariti aku ke apa? Yang sibuk sangat hal aku tu!”

Menerusi satu wawancara, Kak KM berkata bahawa rating nama pendakwah tersebut hanya akan ‘naik’ bila dia sebut tentang isunya.

Tambahnya lagi, dia sebenarnya boleh je terima teguran orang tapi jangan lah ‘petik’ nama orang lain untuk naikkan nama sendiri. Dia kata dia pun tahu fitnah tu berdosa. Kalau nak tegur, boleh je jumpa dia depan-depan. Tentang isu perniagaan tu, Kak KM kata dia tahu apa dia buat, dia pun dibesarkan dengan ilmu. Sepanjang 6 tahun berniaga, dia dah lali dengan teguran netizen ni.

Biasalah kan, nak tegur orang lain ni ada caranya. Tak boleh lah kita main terjah je. 

Baca: Kau jangan sampai aku bukak aib kau!”-Kak KM Bengang Sepupu Sendiri Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari

P

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.