in

“Kau setakat google, ambil dan petik konten” – Individu Didakwa Waris MH370 ‘Sound’ YouTuber Princemeed?

Ft Waris Mh370 Sound Princemeed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai misteri kehilangan MH370 yang melanda negara pada 8 Mac 2014 lepas, kembali menjadi hangat apabila YouTuber yang dikenali sebagai PrinceMeed mendakwa pesawat itu dikatakan berada di sebuah pulau kecil, Diego Garcia yang terletak di tengah Lautan Hindi.


Disebabkan pendedahan itu, muncul pula beberapa foto yang didakwa mirip mangsa pesawat MH370. Bagaimanapun, ada seorang lelaki yang merupakan waris kepada salah seorang mangsa tampil memberikan keterangan untuk menepis dakwaan itu dan menafikan bahawa individu dalam foto tular itu adalah ibu bapanya.

 

“Setakat google, ambil dan petik konten lepas tu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat.”

Menerusi video TikTok @toksiru, pewaris mangsa menyifatkan PrinceMeed bersikap semberono. Malah, dia turut menemplak YouTuber tersebut kerana tindakannya itu telah membuatkan ibunya yang sebelum ini ceria kembali termenung selepas isu MH370 ini kembali tular.

“Benda ni dah sampai ke pengetahuan mak aku. Sampai mak aku yang selalunya dah boleh ceria sikit, tapi sekarang dia dah mula termenung balik. Kau nampak tak kesan apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik.”

“Kau tak fikir. Kau setakat google, ambil dan petik konten lepas tu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat. Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah lepas tu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu.”

@toksiru

#fyp #fypシ #fypage #mh370 #tiktokmalaysia #malaysia #malaysiaairlines

♬ bunyi asal – toksiru – toksiru

Dalam masa yang sama, pemuda ini turut menjelaskan bahawa wajah yang seakan sama dengan ahli keluarga itu adalah warga Filipina yang sudah lama bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan Diego Garcia.

“Orang Filipina memang banyak muka macam Melayu. Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kalau nak cari bukti, kena ada sumber dan sahih. Setakat sembang pakai google, tu bodoh namanya. Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya.”

Dalam pada itu, lelaki ini menafikan bahawa individu yang tular itu merupakan ahli keluarganya. Dia juga meluahkan rasa terkilan terhadap dakwaan segelintir orang yang melabelkan bahawa dia sekeluarga terima pampasan untuk kunci mulut.

Screenshot 2022 09 21 193756

“Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukan la, buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dah kenyang makan insurans, pampasan. Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Hidup kami sama je, tak mewah pun.”

Mak aku sampai sekarang sakit. Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang tak ada perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap.”

Bagaimanapun, masih belum ada kesahihan mengenai identiti individu tersebut samada dia memang pewaris sebenar atau tidak dan ianya turut dipertikai mengapa ia dimuatnaik oleh pihak lain.

Baca : “Bukan bapa saya”- Foto Terkini Wajah Mangsa MH370 Tular Di Twitter, Anak Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

F2 Mh370 Fotos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.