in

“Kau ni dah banyak terpesong” – Pereka Fesyen ‘Spill Tea’ Kisah Silam Ustazah Siti Afifah

Ft Siti Afifah Dakwa Kencing Manis Sumber Arab

Selepas mendakwa makan ubat tahan sakit boleh masuk neraka, minyak angin tidak termasuk dalam perubatan Islam, minum susu boleh jadi rabun dan terbaru ini, pendakwah bebas, Siti Afifah mengundang kemarahan ramai berikutan dengan kenyataannya mengatakan penyakit kencing manis terjadi akibat makan benda haram

 

Ubat orang sampai meninggal dunia?

Berikutan dengan kenyataannya itu, seorang pereka fesyen menemplak Ustazah Siti Afifah menerusi satu perkongsian di Instagram. Dalam sebuah screenshot yang tular memaparkan Siti Afifah bercakap tentang isu penyakit kencing manis, seorang pereka fesyen telah memuat naik posting di Instagram mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Menurut xtra, pereka fesyen itu mendakwa ustazah terbabit sudah terpesong dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan cerita bahawa ustazah itu pernah mengubati warga Brunei sehingga meninggal.

Dalam perkongsian itu, pereka fesyen ini mempersoal jika arwah ayahnya meninggal dunia akibat kencing manis sebab makan dan minum dari sumber yang haram.

“Sumpah kau ni banyak terpesong!”

“Jangan sampai aku buka cerita kau ubatkan orang Brunei sampai meninggal sebab punca makan ubat kau! Lepas tu kau putar belit cerita.”

“Kau dah kena banned dengan negara Brunei. Orang Malaysia ramai tak tahu.”

Screenshot 2022 12 01 155224

Sebelum ini nama Ustazah Siti Afifah pernah dikecam apabila mendakwa golongan suami sebagai dayus gara-gara membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika proses bersalin.

Apapun, mesih belum tahu kesahihan mengenai kes ini, harap kita tidak sengaja buat sebarang spekulasi.

Baca : Ustazah Siti Afifah Dakwa Ubat Tahan Sakit Haram, Siapa Makan Masuk Neraka?

Ft Ustazah Anggap Ubat Tahan Sakit Haram

Sumber: xtra