in

“Kau nak hilang kerja?” – [VIDEO] Lelaki Tengking ‘Rider’ Makanan Sampai Lambat, Rupanya…

Grab Ngamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budi bahasa mencerminkan diri seseorang, sebagai seorang yang beradab sopan kita perlu menjaga tatatertib lebih-lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau orang yang lebih tua.


Semalam, sebuah video telah tular di laman TikTok yang memaparkan seorang lelaki bertindak menengking serta memarahi seorang rider yang telah menghantar makanan kepadanya.

Rder

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @minyakhitamjalanan itu menunjukkan individu terbabit bertindak menengking rider tersebut hanya kerana makanannya sampai lambat, malah individu berkenaan juga mengugut rider tersebut untuk ‘memecat’ penghantar makanan itu.

“Dia bagi salah location dgn grabfood, aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke.

Aku dah cari satu jam, dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke apa…” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Dia salah dia pulak marah” 

Dalam ruangan komen, ramai netizen yang memberikan kecaman yang teruk kepada individu berkenaan, malah ada juga yang mengatakan individu tersebut mungkin kehilangan kerjanya kerana berkelakuan sedemikian.

Mngfd

Haiyoo, apa-apapun jagalah bahasa…

Baca: “Dia dah bagi signal kan” – ‘Rider’ Sepak ‘Side Mirror’ Kereta Porsche Sampai Pecah

Untitled Design 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.