in

“Kau ingat comel ke?” – Lelaki Pakai Topeng Kucing Kacau Perempuan Sambil Buat Bunyi “Meow”

Collage 23

Dah tahun 2020 pun masih ada lagi segelintir lelaki yang rasa seronok bila kacau-kacau perempuan. Dorang tak sedar ke benda macam ni tak kelakar dan buat orang rasa tak selesa?

Baru-baru ni, Ewern Heng kongsikan pengalaman dia diganggu semasa membeli belah di salah sebuah kedai peralatan sukan kepada WORLD OF BUZZ.

Menurut wanita ini, dia telah diganggu oleh seorang pelanggan lelaki memakai topeng muka bercorak kucing. Pada awalnya, semasa Ewern tengah membelek barang di sana, dia menyedari yang dirinya sedang diekori oleh seseorang.

Ewen2

Apa yang lebih mengerikan, lelaki yang mengekorinya itu tiba-tiba mula megiau ke arahnya. Ewern berhajat untuk tak mengendahkan lelaki tersebut dan pergi ke tempat lain tapi lelaki “gatal” ini nampaknya tak berputus asa dan terus ekor wanita malang ini sambil membuat bunyi “meow” semakin lama semakin kuat.

Bengang diganggu, wanita tersebut akhirnya sound lelaki tersebut.

Kau ingat kau siapa? Kau rasa benda ni kelakar ke?”

Tambah menyakitkan hati, lelaki ini berjaya keluar dari kedai tanpa dikenakan apa-apa tindakan dan dia juga sempat buat bunyi kucing dekat cashier sampai wanita-wanita di situ rasa tak selesa.

Ewern1

Ewern turut menjelaskan, walaupun ada segelintir orang rasa benda ni kelakar atau menyeronokkan, ia buatkan mangsa rasa tak selesa dan paranoid bila keluar ke tempat awam.

Kalau korang ada ternampak orang buat macam ni, tak kiralah dekat orang yang korang kenal atau tak, tolong sound je, benda macam ni memang tak kelakar ya?

Baca: “Mao tengo you sayang” – Wanita Diganggu Lelaki Warga Asing, Dapat Nombor Dari Buku Daftar Sebelum Masuk NSK Selayang Screenshot 2020 06 11 At 4.52.22 Pm

Sumber: WOB
Sumber: WOB