Sikap biadap seorang netizen yang melemparkan kata-kata kejian dan hinaan kepada seorang selebriti di media sosial membawa padah selepas selebriti berkenaan membuat laporan polis semalam.
Menerusi perkongsian pelakon, Elizad Shariffudin di Instagram, dia merasa sangat marah dan terkilan dengan sikap seorang netizen yang telah melemparkan kata-kata kejian dan penghinaan seperti mandul di dalam komen sebuah portal berita.
Tidak tahan dengan kejian tersebut, Elizad telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil jam 8.00 malam semalam terhadap pengguna media sosial itu.
Berdasarkan posting Elizad, individu berkenaan meninggalkan komen berkenaan di berita yang bertajuk, “Usia Nak Masuk 40 Tahun, Masih Tiada Zuriat, Doakan Saya”,
Mandul ler tu wakaka…. ehhh apa ni marah marah wakaka”
Tak cukup dengan itu, individu berkenaan pula telah memuat naik status di Facebook dan menuduh Elizad tidak solat serta tidak menutup aurat dan menggelarkan pelakon tersebut dengan panggilan tidak enak.
“Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad”
Elizad menerusi postingnya juga berkata, pada awalnya dia jarang melayan komen-komen di media sosial namun komen tersebut sangat mengguris hatinya apabila individu berkenaan menggunakan perkataan ‘mandul’ hingga membuatkan dia merasa sakit hati.
Pertamanya, jarang aku ni melayan komen “bodoh“ mcm ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke x? Boleh beranak ke tak?!!
“Menggigil, terketar tgn ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat sgt! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat?
“I’m crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke x? Pernah kerjasama dgn aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee???!!!” tulisnya meluahkan isi hati.
Tambah Elizad lagi, pelbagai cara dan ikhtiar juga telah dia lakukan demi mendapatkan zuriat dan hanya Tuhan yang mengetahui perit yang dirasakannya.
Namun komen yang dilemparkan individu berkenaan membuatkan dia panas hati hingga terpaksa mengambil tindakan polis akan hal tersebut.
“Jarang aku amik port dan tak maaf kan org. But not this time! Luluh hati ni, sedih sgt2! Tuhan je tahu . I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil,” katanya lagi.
Posting pelakon ini telah mendapat pelbagai komen sokongan daripada netizen dan rakan-rakan artis lain seperti Fasha Sandha, Fizo Omar, Heliza Helmi dan ramai lagi.
Semoga Elizad tabah menghadapi dugaan ini. Buat netizen di luar sana, jangan sembarangan tinggalkan komen takut kita mengguris hati orang lain.