in

“Kau bukan anak aku lagi” – Pemuda Dibuang Keluarga Sebab Tak Tahan Tanggung Hutang Ah Long Hampir RM 100K

Ahlong 1

Disebabkan hutang anak dengan Ah Long yang hampir mencecah RM 100,000, pasangan suami isteri yang juga peniaga terpaksa memutuskan hubungan keluarga bagi mengelak masalah berlarutan.

Sejak Ogos tahun lepas peniaga dari Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Chua, 46, berkata masalah itu terbongkar apabila dia menerima banyak panggilan telefon selain notis ugutan meminta melunaskan hutang.

Lapor sumber Harian Metro, dia dan isteri bersemuka dengan anak lelakinya berusia 21 tahun sebelum mengaku ada meminjam Ah Long untuk menjadi penjamin selepas mendapat panggilan telefon tu.

 

Kami difahamkan jumlah pinjaman mencecah RM40,000 dan disebabkan sayang kepada anak serta berpendapat ia adalah kesalahan pertama, saya dan isteri cuba menyelesaikan hutang awal bermula RM1,500 hingga RM6,000.”

Along 1568704096
Sumber : harian metro

Hutang mereka pula semakin hari semakin bertambah sampai ke satu tahap, mereka terpaksa pinjam keluarga terdekat. Dikatakan pasangan ini dah menghabiskan kira-kira RM 80,000 demi melunaskan hutang anaknya pada penghujung tahun lalu.

Disebabkan itu anaknya yang mendakwa malu dengan tindakannya itu ke Singapura untuk bekerja.  Ternyata azab mereka sekeluarga masih belum selesai, Ah Long lagi sekali menghubungi dengan mengugut akan mengapa-apakan dirinya, isteri dan dua anak lain yang baru berusia belasan tahun.

 

Setahun tak pulang ke rumah, biarkan ibu bapa bayar hutang

Katanya, dia difahamkan anaknya itu meminjam RM15,000, namun tidak dapat tahu jumlah sebenar kerana anak lelakinya sudah tidak pulang ke rumah hampir setahun lalu sejak bekerja di Singapura.

“Memang benar kami ada bertengkar dan kami marah dengan perbuatannya itu. Anak buat salah memanglah kami tegur dan marah, selepas itu dia terus keluar rumah dan hampir setahun tidak pulang. Baru-baru ini, isteri saya ada hubungi syarikat dia bekerja di Singapura dan kami dimaklumkan anak ditahan di penjara kerana kesalahan hutang,”

Katanya, beberapa Ah Long yang hubungi kami tahu mengenai perkara itu namun masih mengganggu kami dan mengugut supaya kami jelaskan hutang.

Kecewa dengan sikap anaknya itu, Chua bertekad untuk buang anaknya dari keluarga, mereka dah tak nak tanggung hutang ni lagi.

 “Memang kami sayang anak, tetapi kami perlu fikirkan keselamatan dua adiknya yang masih bersekolah” 

Menurutnya lagi, disebabkan dah lunaskan hutang RM80,000, dia dan isteri kehabisan wang simpanan hingga terpaksa berhutang dengan keluarga terdekat. Katanya, dia dan isteri tidak dapat menjalankan perniagaan kerana Ah Long mengganggu tempat kerja menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Sementara itu,  Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor, Michael Tay berkata, pihaknya akan membantu berurusan dengan semua Ah Long terbabit supaya tidak mengganggu keluarga berkenaan kerana anak mereka yang berhutang, bukan ibu bapa lelaki itu.

Pada masa sama, Michael berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap dapat menjalankan siasatan dan menahan kumpulan Ah Long yang mengganggu gugat ketenteraman peminjam berkenaan.

 

Baca : “Melampau betul” – ‘Ah Long’ Ugut Nak Jadikan Wanita Ni Pelacur Kalau Tak Pulangkan Balik Duit Yang ‘Dipinjam’

Ahlong