in

“Kau buat lagi aku pecahkan muka mak bapak kau” – [VIDEO] Wanita Serang Budak Lelaki Sebab Buli Anak

Jangan Buli

Kes buli semakin menjadi-jadi dan banyak kes buli dilaporkan berlaku di sekolah. Ibu bapa kepada mangsa buli semestinya akan terus membuat laporan polis namun seorang wanita baru-baru ini mengejutkan ramai orang selepas dia berdepan dengan pembuli anaknya.

Menurut The Sun, satu video viral menunjukkan detik ketika wanita itu mengamuk di hadapan pembuli anaknya. Video itu dirakam sendiri oleh individu terbabit yang turut diugut oleh wanita berkenaan.

Buli2
sumber: the sun

Kejadian itu dikatakan berlaku dekat luar sebuah pasar raya, dipercayai di London dan wanita tersebut dirakam menengking dan bagi amaran supaya jangan sentuh anaknya. 

Kau tahu siapa aku? Aku ibu dia (mangsa). Kau sentuh anak aku lagi, aku pecahkan muka kau. Aku pecahkan muka mak kau, muka bapak kau.”

Buli4

Buli1
sumber: the sun

Pembuli tersebut kemudian menjawab dia takkan sentuh (buli) anak wanita itu lagi namun kerana terlalu marah, dia tetap terus menengking dan berkata,

Sentuhlah dia! Aku cabar kau sentuh dia! Aku bagi amaran dekat kau sekali lagi!”

Video tu viral lepas dimuat naik dekat Twitter dan ramai netizen yang menyokong wanita tersebut dengan mengatakan pihak sekolah gagal untuk membanteras kes buli.

Komen1 1
sumber: the sun

Tapi ada juga netizen yang rasa tindakan wanita itu terlalu agresif dan berkata walaupun marah anaknya dibuli, menyerang semula pembuli tu bukan jalan penyelesaian.

Komen2 1
sumber: the sun

Tonton video di bawah:

 

Baca: “Siapa buli patut kena tangkap” – Polis Jumpa Nota Tulisan Tangan Penuh Dengan Luahan Perasaan Sulli Tapi…

Collage 39