Macam yang korang tahu, sekarang ini sedang berlangsungnya perbicaraan di antara Johnny Depp dan Amber Heard ekoran pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman bekas isterinya kerana dikatakan telah memberikan cerita yang bercanggah dari kisah asal.
Semalam, bekas kekasih Johnny Depp, Kate Moss yang juga merupakan seorang model terkenal telah dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan kenyataan selepas namanya disebut oleh Amber pada awal April lalu.
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Amber mendakwa pada Mac 2015 dia telah ditumbuk beberapa kali di muka sebelum lelaki itu memukul adiknya dan apabila dia mendengar Johnny naik tangga, dia risau pelakon itu akan menolak adiknya dari tangga.
Saya terus fikir tentang Kate Moss dan tangga dan saya pukul dia (Johnny).”
Ekoran dakwaan ini, peguam Johnny telah memanggil Kate Moss untuk memberikan keterangan sebagai saksi dan Kate mengatakan dia dan Johnny bercinta dari tahun 1994 hingga 1998 dan insiden tangga yang menjadi bualan media ketika itu berlaku ketika pasangan ini bercuti di Jamaica, lapor, People.
Masa tu hujan lebat. Bila saya keluar dari bilik, saya tergelincir dan cedera. Saya menjerit dan Johnny telah mengangkat saya masuk ke dalam bilik dan berikan saya rawatan.
Dia tak pernah, tolak, tendang atau buang saya dari mana-mana tangga.”
Sebelum ini, Johnny Depp dan Amber Heard telah berkahwin pada tahun 2015 dan berpisah pada Mei 2016. Amber telah failkan penceraian atas alasan didera namun Johnny menafikan dakwaan Amber dan mereka selesaikan penceraian di luar mahkamah pada Ogos 2016.
Baca: “Kebencian di muka Amber” – Pakar Bahasa Tubuh Dedah Raut Wajah Amber Heard & Johnny Depp