in

“Kebencian di muka Amber” – Pakar Bahasa Tubuh Dedah Raut Wajah Amber Heard & Johnny Depp

Ft Rupa Amber Jd Dalam Court

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seluruh dunia kini sedang menumpukan perhatian terhadap kes bekas pasangan pelakon terkenal dunia Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard apabila perbicaraan mereka bermula pada awal bulan ini.

Ia susulan dengan tindakan Johnny Depp  menyaman pelakon utama Aquaman itu sebanyak $50 juta berikutan dengan kenyataannya dalam satu sidang media mengenai ceritanya yang bercanggah dari kisah asal (dakwa jadi mangsa dera Johnny Depp). Amber bagaimanapun lakukan saman balas terhadap pelakon Pirates of the Carribean itu dengan nilai $100 juta.


Dapat dilihat di media sosial menunjukkan video perbicaraan dan reaksi masing-masing terutamanya pendedahan rakaman suara, disebabkan itu pakar bahasa tubuh membuat analisa terhadap setiap perincian raut wajah mereka ketika berada dalam mahkamah yang mungkin ramai terlepas pandang.

 

Terpahat kebencian/rasa keji di raut wajah Amber

Pakar tersebut, Janine Driver dalam sebuah wawacara bersama saluran Court TV mengatakan bahawa ketika rakaman audio itu dimainkan, Janine dakwa bahawa Amber menunjukkan satu reaksi kebencian, lapor sumber.

“Di sebelah kiri mukanya. Ia adalah keunggulan moral, dan ia tidak sepatutnya wujud, terutamanya untuk wanita yang dipukul. Saya pernah bekerja dengan wanita yang dipukul… Mereka tidak memberikan reaksi kebencian. Biasanya mereka akan tunjukkan kesedihan dan ketakutan tapi 2 emosi ini tak ada pun pada raut wajah Amber Heard.”

Rupa Amber Jd Dalam Court 2

Tambah Janine lagi, dia pernah melihat raut wajah seakan-akan Amber ketika menonton kembali kes perbicaraan mahkamah yang lebih kurang sama seperti kes Casey Anthony, Jodi Arias, dan Anthony Weiner (pembunuh dan penjenayah).

Janine juga berkata, kebencian adalah salah satu daripada 7 emosi sejagat yang tidak dapat disorok dari riak wajah.

Rupa Amber Jd Dalam Court

 

Banyak kali sentuh muka bermaksud…

Rupa Amber Jd Dalam Court 3

Kata Janine apabila seseorang itu bertambah stress dan keresahan, salah satu pergerakan spontan badan kita akan buat adalah menyentuh muka.

Malah, berdasarkan pemerhatian Janine tindakan Amber meletakkan jari dekat dahi itu adalah satu petunjuk yang dia tengah malu.

Rupa Amber Jd Dalam Court 4

 

Johnny Depp senyum bermaksud…

Rupa Amber Jd Dalam Court 6

Beralih kepada Johnny, tentang senyumannya yang sekali-sekala apabila memberi keterangan di tempat duduk terutamanya semasa detik-detik tegang atau tidak selesa itu seperti mengikatnya kembali kepada penderaan zaman kanak-kanak yang dia lalui, Janine menjelaskan bahawa ada sebab saintifik di sebalik reaksinya.

“Apabila orang berasa lemah atau terancam atau rasa tidak kuat, mereka akan sering tersenyum pada saat-saat itu. Ia adalah satu cara untuk tidak membiarkan kita melihat betapa menderitanya mereka. Ia menjadi mekanisme pertahanan yang akan digunakan orang sepanjang hayat mereka.”

Rupa Amber Jd Dalam Court 5

Katanya Janine lagi, dia yakin yang Johnny Depp dah lakukan cara ini buat sekian lamanya.

“Senyuman itu mengatakan bahawa ‘saya tak selesa.”

Baca : Sebelum Terlibat Kes Dera Johnny Depp, Ini 9 Kes ‘Problematic’ Melibatkan Amber Heard

Ft Amber Heard Problematic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.